Laman Web Rasmi Hospital Tanah Merah
style default style Blue style Red style Green A++| A| A--
  • First Image

    MS ISO 9001:2008

    Dianugerahkan Sijil oleh SIRIM QAS International, pada 7 Mei 2013 hingga 6 Mei 2016

  • First Image

    Rakan Bayi

    Diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi pada 25 Julai 2015 hingga 24 Julai 2018

  • First Image

    Penilaian Risiko Kesihatan

    Ketahui risiko kesihatan anda melalui penilaian di hra.moh.gov.my.


  • youtube
  • rss
  • Twitter
  • facebook
  • flickr
  • instagram

Sejarah Penubuhan

 

1

Hospital Tanah Merah (HTM) telah memulakan operasinya pada 2 Mei 1985. Jangkamasa 10 tahun untuk menyempurnakan pembinaannya. Sejarah pembinaan yang bermula sejak tahun 1975 menelan belanja sebesar RM 7.8 juta telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Al- Kelantan pada Ahad , 20 April 1986.

2

Terletak di sebuah bukit yang bernama Bukit Remah dengan keluasan 6 hektar, hanya 500 meter dari pusat bandar Tanah Merah. Lokasi yang berada di jalan utama seperti Jalan / Lebuh raya Timur – Barat yang menghubungkan Grik di Perak ke Jeli di Kelantan melalui Tanah Merah ke Kota Bharu dan Jajahan lain di Kelantan. Jajahan sekitar adalah jajahan Jeli di barat, Machang di Timur, Pasir Mas di utara dan Kual Krai di selatan. Jarak ke Kota Bharu adalah 51 KM.

 

3

 

HTM dengan bilangan kakitangan seramai 342 orang telah dinaik taraf sebagai hospital berpakar pada tahun 2006 dan menjadi pusat rujukan pesakit dari hospital – hospital dan Klinik Kesihatan berhampiran. Ia meliputi seluruh jajahan Tanah Merah , jajahan Jeli, sebahagian Machang dan Pasir Mas. Kepakaran-kepakaran yang terdapat di HTM ialah, Ortopedik, Bedah Am, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, dan Pediatrik. Selain itu terdapat juga pakar - pakar lawatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang menjalankan perkhidmatan kepakaran mereka disini .

   

4

 

Terdapat 30 unit yang terdiri daripada unit Klinikal dan sokongan bukan klinikal di Hospital Tanah Merah. Ia menjalankan hampir semua urusan pengurusan pesakit. Unit Pesakit Dalam yang terdiri daripada Wad Am sebanyak empat buah dan satu Dewan Bedah .Manakala unit Pesakit luar terdiri daripada Unit Pesakit Luar, klinik Respiratori, klinik Pakar dan Unit Kecemasan dan Trauma. Unit sokongan klinikal terdiri daripada Unit Patologi dan Tabung Darah, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Fisioterapi, Unit Farmasi, Unit Hemodialisis dan Unit Pensterilan . 

HTM telah memulakan aktiviti atau program kualitinya sejak tahun 1991. Strategi utama bagi program tersebut adalah untuk meningkatkan dan menaik taraf kemudahan dan fasiliti dan pembangunan insan secara total dan program penambahbaikan sistem Kualiti.

Di samping peningkatan fasiliti, pembangunan modal insan juga diberi keutamaan. Seluruh warga kerja telah didedahkan dengan pelbagai elemen kualiti secara kerohanian dan jasmaniah sebagai penggerak ke arah peningkatan kerja berkualiti. Hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak pengurusan dan iltizam seluruh warga Hospital Tanah Merah telah berjaya mendapat persijilan MS ISO 9002 (versi 1994)pada tahun 2001. Persijilan selama tiga tahun dari tahun 2001 hingga 2004 adalah antara hospital daerah pertama yang pertama di Kelantan mendapat persijilan tersebut. Sejak itu ia mula menjadi kayu ukur/ penanda aras terhadap kecemerlangan peningkatan kualiti perkhidmatan di Kelantan dan luar Kelantan. Hospital Tanah Merah juga baru –baru ini, pada 28 hingga 29 Julai 2008 telah berlangsung Audit Surveillance oleh juruaudit SIRIM QAS. Telah dicadangkan untuk mengekalkan persijilan MS ISO 9001: 2000 untuk tempoh tiga tahun lagi.

 

Pengarah HTM dari tahun 1985 hingga Sekarang 

 

 
1
 
1985 - 1986

Dato' Dr. Nik Saidina Omar b.

Nik Zainal Abidin

DJMK, SMK, JP.MBBS

(Monash, Australia)

 
 
2 
 

1986 - 1987

 

Dr. Che Anuar b.Che Yaakob

MBBS (UM)

Master in O&G USM

 

   

 3

 

1987

Dr. Mohamad b. Ismail

M.D. (UKM)

Master of Hospital Administration

College of Public Health

University Philippine, Manila

 

 

 

4

1987 - 1988

Dr. Hj. Kamaludin b. Hj. Hanapi

MB. BCH (Al-Azhar) Mesir


 

 
5 
1988 - 1993 

Dr. Zahari b. Mat Hassan A.S.K.

M.D. UKM, PGDHHSA (London)



  6

 1993 - 1996

Dr. Zahri b. Atan

MBBS (U.M) 


 

 7

 1997

Dr. Hjh. Laila bt. Abdullah

M.D. (UKM)

MSC Hosp. Adm. & Health

Services Management

South Bank University Of Londo

 8

 1997 - 2007

Dr. Hj. Khalid b. Ibrahim B.S.K, A.S.K

MBBS (U.M)

MSC Hosp. Adm. & Health

Services Management

South Bank University Of London


 

9

 2007 - MEI 2011

Dr. Hjh. Selasawati bt. Hj. Ghazali

MD (Leuven Belgium) CMIA (Mal)

M.Com Med(HealthSystem Management USM)


 

 
Dr. Tengku Hazainiah
 
MEI 2011 - SEKARANG
 
Dr. Tengku Hazainiah binti Raja Hassan

 


 

Prepare to print