Laman Web Rasmi Hospital Tanah Merah
style default style Blue style Red style Green A++| A| A--
  • First Image

    MS ISO 9001:2008

    Dianugerahkan Sijil oleh SIRIM QAS International, pada 7 Mei 2013 hingga 6 Mei 2016

  • First Image

    Rakan Bayi

    Diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi pada 25 Julai 2015 hingga 24 Julai 2018

  • First Image

    Penilaian Risiko Kesihatan

    Ketahui risiko kesihatan anda melalui penilaian di hra.moh.gov.my.


  • youtube
  • rss
  • Twitter
  • facebook
  • flickr
  • instagram

Lawatan Pihak Masjid Ismail Petra Tanah Merah ke Hospital Mesra Ibadah, Hospital Tanah Merah

on 20-05-2014 07:30:00 (486 reads)


Pada 20 Mei 2014, pihak Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Tanah Merah telah menerima kunjungan daripada pihak pengurusan Masjid Ismail Petra Tanah Merah dan Pegawai Daerah Tanah Merah. Tujuan kunjungan adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada pesakit tuntutan mendiri solat masih perlu dilakukan.  Ini bersesuaian dengan tujuan penubuhan Hospital Mesra Ibadah di mana bertujuan untuk menjadikan hospital ini bergerak seiringan dalam bentuk keagamaan disamping tujuan utama hospital iaitu memberikan rawatan dan bantuan kepada orang yang sakit.





Lawatan dari pihak berkenaan bermula pada jam 2.30 petang di mana majlis dimulakan dengan sesi pengenalan Hospital Mesra Ibadah kepada pihak yang datang melawat. Sebelum aktiviti diteruskan dengan lawatan ke dalam wad, sedikit jamuan ringan disediakan. Seterusnya, lawatan dijalankan ke Wad 1 di mana pihak masjid dengan kerjasama pihak hospital memberi sedikit hadiah kepada para pesakit dalam bentuk risalah. Risalah tersebut memuatkan cara-cara solat bagi orang yang sakit.



Pihak masjid juga tidak lupa bertanyakan khabar dan adakah solat tetap dijalankan walaupun terlantar sakit. Jika ada yang tidak betul, mereka akan memberikan sedikit teguran ataupun nasihat agar mereka dapat memperbaiki kelemahan atau kekurangan tersebut. Majlis itu diakhiri dengan sedikit upacara menandatangani buku lawatan Hospital Mesra Ibadah.


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article