Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi melayari Laman Web Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Laman web merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting dan mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara domestik atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan. Dengan ini diharapkan maklumat yang disampaikan dapat tersebar lebih jauh lagi.

Sekiranya ada sebarang teguran, pandangan dan saranan bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini, bolehlah diajukan kepada Webmaster Hospital ini demi meningkatkan lagi kualiti maklumat yang dimuatkan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Tanah Merah.

DR. MOHD NASIR BIN AB. KADIR
Pengarah
Hospital Tanah Merah