PENGENALAN :
Unit ini bertanggungjawab mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program penerapan nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
OBJEKTIF UNIT :
- Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam kepada warga di hospital.
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
- Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit.
PIAGAM PELANGGAN :
- Setiap Pelanggan Akan Dilayan Secara Saksama.
- Setiap Masalah Berkaitan Hal Ehwal Islam Yang Di Rujuk Akan Diberi Perhatian Dan Tindakan.
- Memberikan Khidmat Kerohanian Yang Berkesan Dan Berkualiti Demi Memenuhi Kehendak Dan Keperluan Semasa Hospital.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI :
- Kes Yang Dirujuk Akan Di Ambil Tindakan Dalam Masa 72 Jam (3 Hari Bekerja)
LOKASI UNIT :
- Tingkat 3, Pejabat Pengarah HTM
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
- Ahad hingga Khamis (Hari Bekerja)
- Tel : 09-9545014
AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN :
- Tanggungjawab kepada hospital.
- Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
- Bertanggungjawab terhadap program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
- Sumber rujukan / penerangan program berkaitan syariah/agama
- Perkhidmatan kepada wargakerja hospital
- Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-Nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
- Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada wargakerja hospital.
- Perkhidmatan kepada pesakit dan waris.
- Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
- Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.