PENGENALAN
ICT memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian pada masa kini. Ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada pesakit.
Ketersediaan dan kelancaran infrastruktur ICT yang terdiri daripada sistem rangkaian dan komunikasi, perkakasan dan perisian ICT memainkan peranan penting dalam keseluruhan pelaksanaan ICT di fasiliti kesihatan.
OBJEKTIF UNIT :
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan ICT kepada Hospital Tanah Merah bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
- Memberikan sokongan teknikal ICT kepada warga Hospital Tanah Merah bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat digunakan dalam membantu hospital menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap, berkesan dan berterusan.
- Mengoptimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya ICT di kalangan warga Hospital Tanah Merah.
PIAGAM PELANGGAN :
- Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra kepada setiap pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan taraf sosio-ekonomi.
- Menyediakan prasarana IT mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan.
- Memastikan pembangunan sistem aplikasi dan bahan-bahan persembahan berkomputer mengikut keperluan spesifikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui.
- Memastikan semua perkhidmatan ICT di bawah tanggungjawab Unit ICT beroperasi dengan baik.
- Setiap aduan yang diterima bagi semua urusan Operasi Khidmat Bantuan Teknikal akan dilayan dalam tempoh 7 jam bekerja.
- Memastikan tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi sekurang-kurangnya 90% uptime.
- Memberi pendedahan dan latihan ICT berdasarkan permintaan dan keperluan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI :
1) Rangkaian dan Keselamatan ICT
2) Sistem KKM dan Sistem Dalaman
3) Khidmat Sokongan Teknikal
4) Multimedia
5) Khidmat nasihat ICT
LOKASI UNIT :
Bersebelahan Bilik Mesyuarat, berhampiran Kompleks Klinik Pakar dan Dewan Mas Merah, Hospital Tanah Merah.
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line) :
Ahad hingga Rabu (8 pagi hingga 5 petang)
Khamis (8 pagi hingga 3.30 petang)
Jumaat, Sabtu dan Kelepasan Am : Cuti
Nombor telefon untuk dihubungi :
09-9545000 ext. 5234/5233/5223