PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 2006,Unit Anestesiologi Hospital Tanah Merah (HTM) merangkumi Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Dewan Bedah. Unit Anestesiologi telah berkembang sejajar dengan keperluan semasa dan memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan Hospital Tanah Merah.

ICU mempunyai 5 buah katil termasuk 2 katil di bilik isolasi yang mampu menampung keperluan lima pesakit dewasa yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan rawatan intensif. Terdapat 2 bilik dewan bedah di Hospital Tanah Merah iaitu Dewan Bedah Delima dan Dewan Bedah Nilam yang mengendalikan kes-kes pembedahan elektif dan juga kes-kes pembedahan kecemasan.

 

VISI

Menjadi pusat rujukan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rawatan intensif, rawatan pembiusan dan rawatan kesakitan yang optimum dan efektif setaraf dengan hospital berpakar yang lain bagi memenuhi kehendak pelanggan dan masyarakat setempat amnya.

 

MISI

Memberikan perkhidmatan rawatan yang cekap dan berkualiti serta professional dalam mengendalikan perawatan kepada pelanggan dengan menekankan aspek keselamatan dan keselesaan pesakit.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selamat dan terkini kepada semua pesakit.
  2. Meningkatkan mutu kerja kakitangan supaya setiap prosedur yang dilakukan ke atas pesakit dapat dilakukan dengan efisien.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Penjagaan peri-operatif dan pembiusan untuk pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan atau prosedur diagnostik.
  2. Memberi rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi dan juga membantu menguruskan pesakit-pesakit kritikal yang dirawat di wad-wad.
  3. Klinik Anestesia yang menjalankan aktiviti menyaring dan menguruskan pesakit sebelum menjalani pembedahan atau prosedur.
  4. Perkhidmatan Kesakitan Akut (APS) untuk merawat pesakit-pesakit selepas menjalani pembedahan dan juga kes bukan pebedahan seperti kes trauma.
  5. Memberi rawatan epidural yang bersesuaian kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Perkhidmatan Anestesia Peri-operatif

-Klinik Anestesia

-Anestesia di dewan bedah

  1. Perkhidmatan Rawatan Rapi
  2. Perkhidmatan ‘Acute Pain’
  3. Perkhidmatan anestesia di Hospital Kluster Jeli dan ‘Global Surgery’ di Hospital Machang

No. Tel : sambungan 6175 (klinik anest)