Selamat Datang ke Laman Web Hospital Tanah Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana Laman Web Hospital Tanah Merah berjaya dibangunkan sebagai  salah satu medium untuk berkongsi pelbagai informasi yang tepat dan terkini kepada semua warga Tanah Merah amnya.

Hospital Tanah Merah komited untuk menjadi pusat kecemerlangan yang terunggul di dalam perkhidmatan perawatan melalui warga kerja yang bertanggungjawab, beriltizam dan berkemahiran tinggi dengan mengutamakan aspek budaya korporat, kepuasan pelanggan, penambahbaikan kualiti berterusan, inovasi, teknologi berpatutan dan proaktif serta menggalakkan pengamalan cara hidup sihat dan penyertaan seluruh masyarakat ke arah peningkatan status kesihatan dan kehidupan yang lebih berkualiti.

Terima kasih juga diucapkan di atas kesudian melayari Laman Web Hospital Tanah Merah.

 

DR. PUTERI NURBAYA BINTI MOHAMED ISMAIL

PENGARAH HOSPITAL