1.  Pesakit akan diberikan perkhidmatan perubatan yang berkesan, berkualiti dan mesra ibadah tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi secara profesional.
  2. Pesakit yang memerlukan perkhidmatan kepakaran atau subkepakaran yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke fasiliti yang bersesuaian.
  3. Pesakit dan waris berhak mendapat penerangan mengenai rawatan dan prosedur yang diberikan atau dicadangkan termasuk risiko serta pilihan yang ada.
  4. Pesakit dirawat dalam persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif.
  5. Privasi dan kerahsian pesakit adalah terjamin.