Hospital Tanah Merah merupakan hospital yang terletak di atas bukit remah dengan keluasan 6 hektar. Hospital yang mempunyai pemandangan yang memukau ini mula beroperasi pada 2 Mei 1985 dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 20 April 1986. Kos pembinaan Hospital Tanah Merah adalah sebanyak RM7.8 Juta. Jarak Hospital Tanah Merah dengan pusat bandar adalah 500 meter. Terdapat dua jalan utama yang melalui bandar ini iaitu Jalan Pasir Mas ke Kota Bharu berjarak 51km dan lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan bandar-bandar di bahagian Utara Malaysia.

Gambar Pembinaan bangunan tambahan baharu di Hospital Tanah Merah.