PENGENALAN

Unit Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS) adalah kepakaran pergigian hospital-based yang pertama diwujudkan di Hospital Tanah Merah. Unit ini telah memulakan operasi secara tetap pada akhir tahun 2017 untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Tanah Merah, Jeli dan Machang.

 

OBJEKTIF UNIT

    • Menyediakan rawatan komprehensif merangkumi pemeriksaan, rawatan dan rehabilitasi kepada pesakit yang mempunyai masalah fungsi mulut dan muka.

    • Untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui konsep kesejahteraan oral termasuk estetik.

    • Menjadi pusat rujukan bagi kes-kes pembedahan mulut dan maksilofasial daripada pergigian primer, pusat kesihatan dan lain-lain kepakaran.

 

PIAGAM PELANGGAN

Keutamaan kami adalah :

    • Memastikan pesakit dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas

    • Memastikan pesakit diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan

    • Memberi perkhidmatan yang sewajarnya secara cekap dan profesional

    • Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman

    • Segala maklumat pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan Unit Bedah Mulut & Maksilofasial meliputi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam.

    • Konsultasi awal penyakit mulut dan muka
    • Pembedahan gigi terimpak dan supernumerari
    • Implant gigi
    • Rawatan patah tulang muka
    • Bengkak muka yang disebabkan masalah pergigian (facial abscess & cellulitis)
    • Penghasilan surgical plate dan obturator selepas pembedahan pembuangan rahang

    • Rawatan pergigian bagi pesakit yang mempunyai keadaan penyakit sistemik yang kompleks seperti leukemia dan penyakit jantung

    • Ketumbuhan pada rahang dan bahagian muka
    • Pembedahan rahang yang tidak serasi (orthognathic)
    • Mediator dalam rawatan rekahan bibir, langit dan dentoalveolar
    • Mediator dalam rawatan pergigian non-hospital based
    • Rawatan tanpa pembedahan bagi fungsi saraf muka (non-surgical facial pain)
    • Menyediakan perkhidmatan intra-oral xray bagi klinik-klinik pergigian setempat

 

Rawatan gigi terimpak

 

Rawatan patah tulang muka dengan plate dan skru

 

Pembuangan batu karang daripada kelenjar liur

 

Ketumbuhan rahang atas

 

Bengkak muka disebabkan nanah pergigian

 

Masalah kelejar air liur kecil

 

Implant gigi yang siap dibentuk

 

Analisis model rahang yang tidak simetri

 

LOKASI UNIT

Terletak di laluan ke Unit Rawatan Rapi, bersebelahan dengan Dewan Bedah Delima

Pintu masuk ke klinik

 

Bilik Rawatan

 

Makmal prosthetik

 

Ruang menunggu

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

HARIMASAAKTIVITI
AHAD

 

8.00 am – 1.00 pm

2.00 pm – 5.00 pm

Rujukan

Temujanji susulan

 

ISNIN

 

8.00 am – 1.00 pm

2.00 pm – 5.00 pm

 

8.00 am – 5.00 pm

Klinik untuk prosedur bius setempat (implant)

Temujanji susulan

 

Lawatan kepakaran ke Hospital Jeli (minggu ke-2)

 

SELASA

 

8.00 am – 5.00 pm

8.00 am – 5.00 pm

Klinik untuk prosedur bius setempat

Hari pembedahan (minggu ke-4)

 

RABU

 

8.00 am – 1.00 pm

2.00 pm – 5.00 pm

Rujukan

Temujanji susulan

 

KHAMIS

 

8.00 am – 3.30 pmTemujanji susulan/ Combined dental clinic

 

  • Jumaat dan Sabtu Tutup
  • Kelepasan Am Tutup
  • Rujukan daripada Unit Kecemasan selepas waktu pejabat pada setiap hari

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

    • Melatih Pembantu Pembedahan Pergigian semasa Latihan Sangkutan (attachment).
    • Memberi pendedahan kepada pegawai pergigian lantikan baru mengenai rawatan pesakit dalam serta asas pembedahan oral.

    • Terlibat dalam aktiviti penyelidikan kesihatan.