PENGENALAN

Unit Pembedahan Hospital Tanah Merah (HTM) memulakan operasi pada tahun 1985 untuk memberi perkhidmatan Pembedahan kepada penduduk jajahan Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Machang. Bermula 2020, Hospital Jeli dan Hospital Machang dijadikan Hospital Kluster bagi HTM. Pada peringkat awal, Unit Pembedahan dikendalikan oleh Pakar Lawatan. Pada 2007, khidmat Kepakaran Residen telah dimulakan meyebabkan skop perkhidmatan berkembang. Bermula 2012, unit ini dibawah pengawasan Pakar Perunding Gred Khas Jusa C. Beliau dibantu oleh seorang Pakar Pembedahan, Pegawai Perubatan, dan Pegawai Perubatan Siswazah.

 

VISI

Menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan pembedahan dan perubatan yang profesional, berdedikasi demi kesejahteraan pelanggan.

 

MISI

Komited untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui cara-kerja yang profesional dan beretika serta bekerjasama dengan lain-lain perkhidmatan kesihatan yang berkaitan.

 

OBJEKTIF UNIT

Untuk memberi rawatan diagnosa dan rawatan pembedahan am yang berkualiti untuk mengelakkan komplikasi dan seterusnya mempercepatkan dan mencapai proses pemulihan yang maksima.

 

PIAGAM PELANGGAN

    1. Setiap pesakit akan dilayan dan ditempatkan di katil dalam masa 5 minit setelah dimasukkan ke wad.

    2. Setiap pesakit yang discaj dapat pulang ke rumah dalam masa 2 jam.

    3. Pesakit yang telah didaftarkan diperiksa oleh Pakar lawatan dalam masa 60 minit.

    4. Pesakit akan menerima perawatan secara profesional, sama rata serta mesra tanpa mengira bangsa, agama, adat resam dan taraf sosio-ekonomi dengan penerapan nilai-nilai murni Budaya Korporat.

    5. Setiap pesakit akan diberi penerangan berkenaan perawatan atau prosedur yang dijalankan terhadap mereka.

    6. Setiap pesakit digalakkan melibatkan diri dalam proses perawatan mereka.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

    1. Menyediakan perkhidmatan kepakaran meliputi peringkat diagnostik, perawatan, pemulihan dan penyembuhan pesakit.

    2. Memberi latihan yang khusus dalam bidang perawatan surgikal kepada semua peringkat kakitangan khususnya, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan & lain-lain kakitangan sokongan.

    3. Memberi rawatan dan menerima rujukan kes khususnya dari daerah Tanah Merah, Jeli, dan Machang.

 

LOKASI UNIT

Unit Pembedahan terdiri daripada:

Klinik Pakar Pembedahan, Wad Pesakit Dalaman dan Endoskopi

Jumlah katil bagi Unit Pembedahan adalah 18 katil.

Wad Pesakit Dalaman dibahagikan kepada :

Wad 6 ( Wad Lelaki )                       7 Katil

Wad 4 ( Wad Perempuan )             7 Katil

Wad 2 ( Wad Kanak-kanak)           4 Katil

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :

HariMasaAktiviti
Ahad8.00 am- 2.00 pmKlinik Pembedahan
Isnin8.00 am- 5.00 pm

8.00 am- 5.00 pm

8.00 am- 5.00 pm

8.00 am- 5.00 pm

8.00 am- 5.00 pm

2.30 pm- 4.30 pm

Lawatan Kluster ke Hospital Jeli dan Machang Setiap Minggu

Lawatan Klinik ke Hospital Machang Minggu 1 dan 3

Lawatan Klinik ke Hospital Jeli Minggu 2 dan 4

Kes Elektif Pembedahan di Hospital Jeli Minggu 2 dan $

Grand Ward Round

Continuous Medical Education (CME) Houseman

Selasa2.30 pm-4.30 pm

8.00 am-2.00 pm

Mortality And Morbidity Audit, POMR dan Mo Teaching Endoskopi Elektif
Rabu8.00 am- 5.00 pmKes Elektif Pembedahan
Khamis8.00 am- 2.00 pm

8.00 am- 3.30 pm

8.00 am- 3.00 pm

Klinik Pembedahan

Kes Elektif Pembedahan di HTM (Minggu 3 dan 5)

Kes Elektif Pembedahan di Hospital Machang (Minggu 2)

Sabtu8.00 am- 2.00 pmKes Elektif Pembedahan (Berdasarkan Jadual Tahunan)

 

Pembedahan Kecemasan – 24 jam beroperasi

Endoskopi Kecemasan – 24 jam beroperasi

HOTLINE 09-9545000

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN :

Kluster Hospital

    • Memberi rawatan kepada pesakit di Hospital Jeli dan Hospital Machang.

    • Membuat lawatan kluster pada hari Isnin setiap minggu oleh Pegawai Perubatan.

    • Membuat lawatan Klinik Pakar 2 kali sebulan bagi Hospital Jeli pada hari Isnin kedua dan keempat, manakala Hospital Machang pada hari Isnin pertama dan ketiga.

    • Pembedahan Elektif dilakukan di Hospital Jeli dua kali sebulan pada hari Isnin kedua dan keempat manakala di Hospital Machang dilakukan sekali sebulan pada hari Khamis kedua

    • CME dan audit diadakan semasa lawatan.

Global Surgery

    • Global Surgery diadakan pada setiap hari bekerja jam 8 pagi hingga 5 petang di Hospital Machang.

Lain-lain Aktiviti sepanjang Tahun

    1. Mengadakan CME pada setiap hari Isnin bagi meningkatkan mutu pengetahuan Pegawai Perubatan Siswazah.

    2. Mengadakan Mortality Audit setiap hari Selasa.

    3. Mengadakan mesyuarat POMR bagi semua kes.

    4. Mengadakan kursus yang berkaitan dengan pembedahan sekurang-kurangnya sekali setahun bergantung kepada peruntukan yang diberikan.

    5. Mengadakan mesyuarat unit sebanyak 4 kali setahun bagi membincangkan isu semasa, memaklumkan pekeliling & perancangan.

    6. Grand ward round diadakan pada setiap hari Isnin.