PENGENALAN

Unit CSSU terletak bersebelahan dengan Dewan Bedah ( Dulu dikenali dengan Bilik Rawatan & Diagnostik). Ianya terletak antara Klinik Orthopedik,Wad 5 ,Wad 2 dan Dewan Bedah . Unit ini mula beroperasi  pada tahun 1985.

Unit CSSU merupakan satu-satunya unit yang membekalkan peralatan steril kepada  semua unit / wad di Hospital Tanah Merah. Unit ini diketuai oleh Ketua Jururawat U32  dan dibantu oleh 5 orang Jururawat  Kup U32 berserta  2 orang Pembantu Awam  H11.

 

OBJEKTIF UNIT

Objektif Am :

    • Pencegahan dan pengawalan infeksi .

    • Membekalkan peralatan sterile yang berkualiti.

Objektif Spesifik :

    • Membekalkan peralatan steril kepada Dewan Bedah dan semua unit  yang memerlukan set  yang steril bagi tujuan menjalankan prosedur kepada pesakit .

    • Memastikan proses pensterilan kesemua peralatan yang digunakan di Hospital ini betul-betul mengikut garis panduan pensterilan yang ditetapkan (SOP).

 

PIAGAM PELANGGAN

    • Semua set dan peralatan yang dibekalkan oleh unit ini adalah

    • Bilangan set dan peralatan yang dibekalkan adalah sama dengan Set atau peralatan yang diterima

    • Set atau peralatan yang telah digunakan diterima diunit ini sebelum jam 9.00 pagi, manakala set dan peralatan yang steril boleh diambil dari unit ini pada 2.03 petang setiap hari bekerja.

    • Jika anda mempunyai sebarang masalah dengan unit ini,sila hubungi terus dengan ketua unit atau Pengarah Hospital,

No Tel: 09-9545000  .EXT : 5155.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

    • Menerima set peralatan yang telah digunakan oleh wad / unit dan Dewan Bedah

    • Membasuh / membersihkan dan juga mengeringkan semua peralatan sebelum

    • Pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan mengikut senarai semak sebelum dibungkus.

    • Menyusun atur dan membungkus set  mengikut  senarai semak   peralatan dan jenis set.

    • Melakukan proses pensterilan mengikut jenis cycles yang dikehendaki.

    • Menyimpan set serta peralatan mengikut sistem FIFO di Stor barangan Sterile.
    • Membekalkan peralatan dan set  steril ke unit terlibat dan merekodkannya dalam borang yang disediakan .Salinan borang disimpan dalam fail yang

 

LOKASI UNIT

Bangunan bersebelahan dewan bedah delima dan unit pergigian.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Waktu bekerja bagi hari Ahad hingga Khamis :

8.00 pagi –5.00 petang

 

Waktu bekerja setiap hari Sabtu ( On Call )

7.00 pagi sehingga 3.00 petang

( bergantung pada jumlah set/ peralatan  )

 

Bertugas atas panggilan  :  Selepas waktu pejabat

Hari kelepasan mingguan

Hari kelepasan Am

 

Sekiranya berlaku kerosakan  keatas mesin autokleb atau gangguan pada bekalan air,set / peralatan terpaksa di hantar  ke hospital yang terdekat untuk di autokleb.

** No Tel: sambungan 6076  ( Unit CSSU )

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

    • Membekalkan set-set yang steril untuk menjalankan prosedur-prosedur di Dewan Bedah, semua wad  dan  Unit di Hospital Tanah Merah.

    • Memberi perkhidmatan pensterilan kepada klinik-klinik di daerah Tanah Merah.

    • Mengadakan audit Peralatan Cssu disetiap wad dan unit 2 kali setahun.

    • Mengadakan Cne / Bedside teaching setiap hari Rabu secara berkala untuk meningkatkan kualiti dan pengetahuan jururawat yang bekerja.

    • Menghantar staff menghadari Bengkel /  Kursus  dan  MSSA setiap tahun untuk mendapatkan pengetahuan dan info terkini berkenaan unit CSSU.

    • Meneruskan polisi Unit untuk meningkatkan perkhidmatan.

    • Menyediakan peralatan dan perkhidmatan untuk Program BerKhatan  setiap tahun.