PENGENALAN

Perkhidmatan Sajian mula beroperasi di Hospital Tanah Merah pada tahun 1985. Perkhidmatan Dietetik beroperasi sepenuhnya selepas Pegawai Dietetik ditempatkan secara pentadbiran pada September 2011. Pegawai Dietetik juga memberi Perkhidmatan Dietetik Klinikal Hospital Jeli dan klinik kesihatan di Daerah Jeli. Unit Dietetik dan Sajian diketuai oleh seorang Pegawai Dietetik U44 dibantu 15 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang Pegawai Dietetik, 2 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan 12 orang Pembantu Penyediaan Makanan.

 

OBJEKTIF UNIT

  1. Perkhidmatan Dietetik

Memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.

    • Memberi perkhimatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.

    • Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara profesional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.

    • Melaksana penyelidikan berkaitan.

    • Menjalin kerjasama erat dengan agensi berkaitan.

  1. Perkhidmatan Sajian

Memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.

    • Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.

    • Menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan,

    • Melaksanakan penyelidikan.

    • Mengoptimakan penggunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Perkhidmatan Dietetik

Pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja.

  1. Perkhidmatan Sajian

Makanan dihidang kepada pesakit mengikut tempoh waktu yang ditetapkan :

Sarapan pagi                                : 7.30 – 8.00 pagi

Makan Tengahari                         : 12.00 – 12.30 tengahari

Minum Petang                              : 2.30 – 3.00 petang

Makan Malam                               : 5.00 – 5.30 petang

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  1. Perkhidmatan Dietetik

Memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan berdasarkan Medical Nutrition Therapy bagi memastikan pesakit dapat mengawal penyakit dan mengelak komplikasi selaras dengan dasar dan garis panduan semasa :

  • Pesakit Dalam
    1. `Memberi perkhidmatan konsultasi individu pesakit dalam.

    2. Memberi perkhidmatan sokongan pemakanan (Nutrition Support) bagi pesakit dalam.

  • Pesakit Luar
    1. Klinik Dietetik
    2. Kelas Pendidikan Diabetik (dengan kerjasama Unit Pendidikan Pesakit)
    3. Klinik Dietetik di Hospital Jeli (Klinik Pakar) sekali sebulan
    4. Klinik Kesihatan di Daerah Jeli (KK Jeli, KK Ayer Lanas dan KK Kuala Balah)
  1. Perkhidmatan Sajian

Menyediakan perkhidmatan makanan kepada :

    • Pesakit di dalam wad mengikut jenis diet normal atau teraputik
    • Pegawai perubatan bertugas atas panggilan
    • Petugas dewan bedah
    • Ibu mengiring anak (MAC – Mother Accompany Child).

 

LOKASI UNIT

    • Unit Dietetik dan Sajian terletak bersebelahan Unit Rehabilitasi dan Intensive Care Unit (ICU).

    • Klinik Dietetik bagi pesakit luar diadakan di Komplek Klinik Pakar (Bilik 10)

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Klinik Dietetik : 2 kali sebulan

Hari                  : Rabu (Minggu 1 dan minggu 3)

Masa                : 8.30 pagi – 1.00 tgh

No. untuk dihubungi : 09-9545079 (Pejabat)

Operasi Perkhidmatan Sajian setiap hari bermula 6.30 pagi hingga 6.30 petang.

No. untuk dihubungi : 09-9545080

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

    • Pengurusan kualiti di peringkat unit adalah melibatkan pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

    • HALAL : Pengesahan HALAL dari pihak JAKIM.

    • Mengamalkan program jaminan keselamatan.