PENGENALAN

Unit Farmasi  merupakan salah satu perkhidmatan di bawah sokongan klinikal.  Seiring dengan pertambahan kepakaran, perkhidmatan Unit Farmasi HTM turut dikemaskini sejajar dengan perkembangan rawatan yang disediakan di hospital.

OBJEKTIF UNIT :

  • Memberi perkhidmatan farmaseutikal yang efektif dan berkesan kepada pesakit dan pelanggan hospital.

  • Memberi perkhidmatan penjagaan farmakoterapi yang berkualiti  untuk mengoptimakan perawatan pesakit.

  • Mengukuhkan perolehan dan sistem pembekalan ubat-ubatan dan alat kelengkapan perubatan.

  • Mewujudkan hubungan harmoni di dalam unit dan antara unit-unit lain di hospital.

 

PIAGAM PELANGGAN

A. FARMASI AMBULATORI (FARMASI KLINIK PAKAR & FARMASI PESAKIT LUAR)

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan sistem temujanji farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

B. FARMASI PESAKIT DALAM

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  • Setiap pesanan / inden yang lengkap akan diproses dan dibekalkan dalam masa 3 jam selepas diterima.

C. FARMASI LOGISTIK

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 7 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.

  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Perkhidmatan yang  ditawarkan :-

1)   Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Luar

Perkhidmatan ini dijalankan di 2 tempat yang berbeza iaitu:-

i.Farmasi Klinik Pakar
ii.Farmasi Pesakit Luar

* beroperasi di Kaunter Farmasi Pesakit Dalam selepas waktu pejabat.

Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dari:-

FARMASI PESAKIT LUARFARMASI KLINIK PAKAR
Klinik Pakar Ortopedik

Klinik Pakar Respiratori

Klinik Pergigian

Unit Kecemasan

Discaj wad

Klinik Pakar Perubatan

Klinik Pakar Kanak-kanak

Klinik Pakar Pembedahan

Klinik Pakar ENT

Klinik Pakar Psikiatrik

Klinik Pakar Sakit Puan

Klinik Pakar Lawatan

 

 

2)   Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Dalam

Perkhidmatan ini dijalankan di Farmasi Pesakit Dalam.

3)  Kaunseling Ubat-Ubatan

  • Menyampaikan maklumat tentang ubat-ubatan:

  • Cara pengambilan (mengikut amalan 5B)

  • Teknik Penggunaan

  • Cara Penyimpanan

Kaunseling Individu

Kaunseling Berkumpulan

Alat Bantuan Kaunseling

 

4)  Klinik Kepatuhan Terapi Ubat-Ubatan (MTAC)

Terdapat  5 jenis MTAC yang dilaksanakan iaitu:-

  1. Diabetes
  2. Penyakit Retroviral
  3. Respiratori
  4. Hemodialisis
  5. Thalasemia

MTAC Diabetes

   

Pegawai untuk dihubungi: Cik Noridarabiaton Ali Akbar

No. telefon: 09-9545128/5126

 

MTAC  Respiratori (Pernafasan)

Pegawai untuk dihubungi: Pn Nor Hafizah Mohd Hasali

No. telefon: 09-9545128/5094

 

MTAC  Retroviral Disease (RVD)

Pegawai untuk dihubungi: En Muhammad Munzir Sidi Omar

No. telefon: 09-9545128/5126

 

MTAC Hemodialisis

Pegawai untuk dihubungi: Cik Nur Amalina Wahida Ab Wahab

No. telefon: 09-9545128/5094

 

MTAC Thalasemia

Pegawai untuk dihubungi: Pn Siti Fathiyyah Mazelan

No. telefon: 09-9545241/5092

 

5) Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone

  • Program untuk mengurangkan ketagihan terhadap penyalahgunaan dadah.

  • Menyaring preskripsi methadone.

  • Mendispen methadone kepada klien.

  • Mengenal pasti kesan sampingan methadone.

  • Mencadangkan dos yang sesuai kepada pegawai perubatan.

Waktu OperasiAhad-KhamisJumaat-Sabtu/Cuti Umum
Masa8:15 – 9:30 pagi8:15 – 10:00 pagi
TempatKlinik MethadoneKaunter Farmasi Pesakit Dalam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pegawai Farmasi : En. Mohd Jamil  Mohd Yusuf

No. Telefon (ext):  09-9545000 (ext:5094/5241)

 

6)  Klinik Berhenti Merokok (KBM)

  • Bertujuan untuk memberi panduan dan sokongan kepada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok.

  • Perkhidmatan Yang Ditawarkan:

  • Memberi terapi gantian nikotin.

  • Kaunseling ubat-ubatan dan  tanpa ubat-ubatan untuk individu berhenti merokok.

  • Tips dan panduan berhenti merokok.

  • Pemeriksaan status kesihatan.

Hari OperasiIsnin – Selasa
Masa10:00pagi – 4:00 petang
TempatBilik Pegawai Pendidikan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pegawai Farmasi : En Mohd Khairul  Azman

No. Telefon (ext):  09-9545000 (ext:5094)

 

7)  Penjagaan Farmaseutikal Pesakit Di Wad / Farmasi Klinikal

  • Khidmat pemantauan pesakit di wad oleh Pegawai Farmasi bersama dengan pasukan perubatan yang lain.

      1. Membuat pemantauan terapeutik dan farmakoterapi kepada pesakit dalam wad bagi memastikan rawatan pesakit di wad pada tahap optima/terbaik.

      2. Memberikan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad dan discaj.

      3. Menyertai rondaan wad bersama pakar dan pegawai perubatan.

      4. Menjalankan rondaan farmasi.

      5. Menjalankan aktiviti kualiti.

 

8)   Lawatan Ke Rumah Pesakit (HMR)

  • Perkhidmatan lawatan ke rumah pesakit oleh pasukan perubatan.

  • Menilai kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat-ubatan.

  • Mengenal pasti isu-isu berkaitan ubat-ubatan pesakit.

  • Meningkatkan pengetahuan pesakit dan ahli keluarga terhadap ubat-ubatan yang diambil.

 

9)  Pemonitoran Terapeutik Ubat (TDM)

  • Membuat pemantauan terapeutik untuk ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil.

  • Mencadangkan perawatan terapeutik yang tepat untuk pesakit.

 

10) Farmasi Pusat Sumber & Maklumat (PRIC) & PhIS (Pharmacy Information System)

  • Memberi perkhidmatan maklumat ubat dan racun

  • Menguruskan latihan, kursus dan data-data berkaitan latihan untuk anggota.

  • Mengurus permohonan ubat.

  • Mengemaskini Formulari Ubat HTM.

  • Menyelaras jadual tugas dan kedudukan anggota.

  • Menyelaras dan memantau PRP.

  • Menyelaras data statistik Unit Farmasi.

  • Menyelaras laporan aktiviti kualiti.

  • Merancang dan menyelaras aktiviti PhIS.

 

11)   Pengeluaran & Prabungkus

  • Menyediakan ubat-ubatan yang tiada di pasaran bagi kegunaan hospital

  • Menjalankan aktiviti-aktiviti prabungkus ubat-ubat berbentuk biji, sediaan ubat kegunaan dalaman & luaran

 

12) Perolehan, Penyimpanan Dan Pembekalan Stok Ubat-Ubatan Dan Alat Kelengkapan

       Perubatan Kepada Unit Pemesan

  • Dijalankan oleh Farmasi Logistik

  • Mengurus  dan melaksana aktiviti pengurusan kewangan.

  • Melaksana aktiviti perolehan dan kawalan stok ubat dan bukan ubat.

  • Mengendalikan penerimaan, penyimpanan dan pembekalan stok ubat dan bukan ubat.

  • Mengumpul dan menganalisa data berkaitan dengan Farmasi Logistik.

 

13)  Perkhidmatan Nilai Tambah (Value Added Services)

  • Perkhidmatan pilihan yang ditawarkan kepada  pesakit dalam memudahkan mereka mendapatkan bekalan ubat susulan.

  • Jenis perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan  ialah:-

  1. Sistem Temujanji
  2. Ubat Melalui Pos (UMP)
  3. Locker 4U
  4. H-Date
  5. Tinggal & Ambil

Locker 4U

H-Date

 

WAKTU OPERASI

BILFARMASIWAKTU OPERASI
1Farmasi Klinik Pakar &

Farmasi Pesakit Luar

Ahad – Rabu    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis             : 8.00 pagi –  3.30 petang

*Ditutup pada hari cuti mingguan & cuti umum

2Farmasi MethadoneAhad – Khamis : 8.30  pagi – 9.30 pagi
3Farmasi Pesakit Dalam24 JAM
4Farmasi Logistik & Lain-LainAhad – Rabu    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis             : 8.00 pagi –  3.30 petang

Rehat               : 1.00 – 2.00 petang

*Ditutup pada hari cuti mingguan & cuti umum

 

LOKASI UNIT

Unit Farmasi   terdiri daripada 4  farmasi  utama yang terletak di beberapa lokasi:-

i.Farmasi Pesakit LuarBersebelahan dengan Wad Ortopedik  (Lelaki) dan Unit Kecemasan & Trauma.
ii.Farmasi Klinik PakarHujung bangunan Kompleks Klinik Pakar dan bertentangan dengan Dewan Mas Merah.
iii.Farmasi Pesakit DalamBersebelahan dengan Wad Pembedahan   dan Unit Kecemasan & Trauma.
iv.Farmasi LogistikBerhadapan dengan Kuarters Pegawai  Perubatan  Pelatih.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

BILFARMASIWAKTU OPERASI09-9545000 EXT
1Farmasi Pesakit LuarAhad – Rabu    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis             : 8.00 pagi –  3.30 petang

*Ditutup pada hari cuti mingguan &

cuti umum

5089 & 5094
2Farmasi Klinik Pakar5128 & 5126
3Farmasi Klinikal5241
4Farmasi Pusat Sumber & Maklumat (PRIC)5092
5Farmasi Galenikal5102
6Farmasi MethadoneAhad – Khamis : 8.30  pagi – 9.30 pagi5241
7Farmasi Pesakit Dalam24 JAM5093
8Farmasi LogistikAhad – Rabu    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis             : 8.00 pagi –  3.30 petang

Rehat               : 1.00 – 2.00 petang

*Ditutup pada hari cuti mingguan &

cuti umum

5100, 5101,         5099 & 5049

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

1)   Penggunaan Ubat Berkualiti – Pengguna

  • Melantik orang awam sebagai DUTA KENALI UBAT ANDA (DKUA) sebagai perantara untuk tujuan promosi maklumat berkaitan ubat-ubatan.

  • Meningkatkan kesedaran dalam penggunaan ubat-ubatan bagi memastikan ubat yang digunakan adalah berkualiti, selamat dan berkesan selaras dengan Konsep 5B.

  • Mendidik orang awam untuk menggalakkan kepatuhan kepada ubat-ubatan perlu dilaksanakan secara berterusan dan sistematik