PENGENALAN
Unit Kecemasan dan Trauma merupakan perkhidmatan barisan hadapan dan perkhidmatan kritikal Hospital Tanah Merah. Terletak berhampiran pintu masuk Hospital dan telah mula beroperasi semenjak penubuhan Hospital ini pada tahun 1985.
Unit Kecemasan dan Trauma adalah satu domain khusus yang menawarkan rawatan klinikal untuk pelbagai masalah perubatan, penyakit atau kecederaan akut. Ini termasuk penyediaan penjagaan perubatan kritikal yang melibatkan komponen triaj, resusitasi, intervensi, diagnostik dan stabilisasi untuk menyelamat nyawa.
OBJEKTIF UNIT
Menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap, pantas dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan, supaya rawatan awal ini dapat membantu dalam pemulihan awal, mengurangkan kesakitan dan komplikasi.
Objektif Spesifik
-
Menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma dengan cepat, tepat dan berkualiti.
-
Menyediakan penjagaan yang bersepadu dan komprehensif dari penetapan pra hospital hingga ke perkhidmatan hospital.
-
Menyediakan resusitasi dan stabilisasi yang cekap dan berkesan serta perkhidmatan diagnostik dan intervensi menyelamat nyawa yang tepat.
-
Pengurusan pesakit kritikal hendaklah diurus oleh pasukan yang mahir terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan anggota kesihatan lain.
PIAGAM PELANGGAN
-
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional,selamat,mesra,penyayang dan berkualiti
-
Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Unit Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
-
-
Kes Kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta.
-
Kes separa kritikal(Zon Kuning) dirawat dalam masa 20 minit.
-
Kes Kecemasan bukan Kritikal (Zon Hijau) akan dilihat dalam masa 60 minit
-
-
-
Perkhidmatan pesakit bukan kecemasan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak,ibu hamil,warga emas dan orang kelainan upaya .
-
Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan .
-
Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
-
Kemudahan dan persekitaran yang bersih,selesa dan selamat disediakan .
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI.
Unit Kecemasan dan Trauma beroperasi 24 jam setiap sehari .Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :
- Perkhidmatan Klinikal Perubatan Kecemasan
-
- Pengurusan sistem triaj.
- Penjagaan klinikal perubatan kecemasan.
- Perkhidmatan Hospital Kluster Barat (Tanah Merah Jeli ).
- “Point of Care Testing”.
- Pengurusan Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (OSCC).
- Pengurusan bencana dan juga pengurusan pandemik di hospital.
- Perkhidmatan Pra-Hospital
-
-
Pengurusan Sistem Panggilan “999” dan panggilan Kecemasan perubatan .
-
Perkhidmatan Ambulan: “First Responder”, respon kecemasan dan pemindahan antara fasiliti dan juga perkhidmatan Retrieval .
-
Liputan Perubatan, dan
-
Pengurusan bencana.
-
- Perkhidmatan Sampingan
Selain dari menyediakan perkhidmatan di atas, Unit Kecemasan dan Trauma memainkan peranan utama dalam penyediaan perkhidmatan berikut:
-
-
“Code Blue”
-
Rawatan pesakit selepas waktu pejabat.
-
Mengelola kursus seperti kursus “Basic Life Support”, Trauma Life Support”, kursus pra-hospital, triaj dan lain-lain
-
Pusat latihan bagi Peg Perubatan Siswazah,Penolong Pegawai Perubatan (PPW) dan agensi lain .
LOKASI UNIT
Unit Kecemasan dan Trauma terletak di hadapan pintu masuk utama.
WAKTU OPERASI DAN NO UNTUK DIHUBUNGI
Unit Kecemasan dan Trauma beroperasi 24 jam setiap hari .
Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP) adalah merupakan klinik yang disediakan untuk memberi rawatan kepada kes-kes bukan kecemasan yang hadir selepas waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am .Jadual untuk KRPSWP adalah seperti berikut :
Hari Bekerja | 5.00 Petang – 12.00 Malam |
Hari Kelepasan | 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
12.00 Tengahari – 4.00 Petang 4.00 Petang – 8.00 Malam 8.00 Malam-12.00 Malam |
Tel : 09-9545000 ext 5066
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN
-
Lawatan Hospital Kluster oleh Pakar Perubatan Kecemasan ke Hospital Jeli telah bermula semenjak tahun 2018 dengan kekerapan lawatan sebanyak dua kali seminggu . Ini adalah bagi memperluaskan perkhidmatan Kepakaran Perubatan Kecemasan kepada kakitangan Hospital Jeli dan masyakat Jeli secara amnya.
-
Antara aktiviti latihan yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
-
Pusat Latihan bagi Program Penempatan Wajib Penolong Pegawai Perubatan (PPW) yang telah bermula semenjak 2019.
-
Pusat Penempatan latihan bagi pegawai EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia .
-
Menyediakan latihan BLS dan CPR kepada Sekolah –sekolah dan Institusi Pendidikan di Tanah Merah .
-
Menjalankan Latihan Bencana bagi Hospital Tanah Merah.
-
Latihan Fire drill Tahunan HospitalTanah Merah.
-
-
Antara Kursus tahunan yang dianjurkan Unit Kecemasan adalah seperti Kursus BLS, Basic ECG, Basic Trauma Management , dan Kursus Pre Hospital .