PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Hospital Tanah Merah , HTM adalah salah satu Unit Teknikal yang bertindak sebagai penasihat kepada Pengarah Hospital atas segala perkara yang melibatkan Sistem Kejuruteraan dan Perkhidmatan Sokongan Hospital, PSH yang diuruskan oleh Syarikat Konsesi yang dilantik. Antara tanggungjawab Unit Kejuruteraan HTM adalah:

 

  1. Memantau dan mengawalselia PSH yang berikut;

  • Facility Management Services, FMS

  • Facility Engineering Management Services, FEMS

  • Biomedical Equipment Management Services, BEMS

  • Healthcare Waste Management Services, HWMS

  • Linen and Laundry Services, LLS

  • Cleansing Services, CLS

  1. Terlibat dalam urusan pelupusan dan verifikasi aset-aset Hospital

  2. Penasihat teknikal untuk sistem Kejuruteran Hospital dan kontrak PSH

 

OBJEKTIF UNIT

  • Memantau Pekhidmatan Sokongan Hospital (PSH) agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian konsesi

  • Melindungi kepentingan kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna Hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi

  • Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal,elektrik dan biomedikal yang berkaitan

  • Membantu menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal,elektrik dan biomedikal yang berkaitan

  • Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) Hospital

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan aduan yang dikeluarkan oleh kakitangan diambil tindakan oleh syarikat konsesi

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  1. Pemantauan Dan Mengawalselia PSH

    • Lawatan audit teknikal berjadual ke setiap kawasan Hospital

    • Penyemakan data dan dokumen PSH dari Syarikat Konsesi

    • Mengurusetia Mesyuarat Validasi PSH

  2. Pengurusan Pelupusan Aset

    • Penyemakan permohonan pelupusan aset

    • Penyediaan sijil Pelupusan KEW-PA16

  3. Penasihat Teknikal

    • Menyediakan laporan-laporan teknikal ke atas segala insiden yang melibatkan PSH.

    • Melaporkan keadaan terkini aduan-aduan PSH yang masih dalam tindakan Syarikat Konsesi.

 

Ahad – Rabu

Masa Operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Khamis

Masa Operasi 8.00 pagi hingga 3.30 petang

Jumaat – Sabtu  – Tutup

Kelepasan Am    – Tutup

 

LOKASI UNIT

Tingkat 3,

Blok Pejabat Pengarah

Hospital Tanah Merah

17500 Tanah Merah

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Beroperasi dari Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di talian

09-954 5047 (Kejuruteraan)

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

Latihan

  • Taklimat Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan MySPATA

  • Taklimat Pekhidmatan Sokongan Hospital (PSH)

  • Bengkel Hospital Specific Implementation Plan (HSIP)