PENGENALAN

Bidang kerja sosial perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Praktis kerja sosial perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalam bidang kerja sosial yang merangkumi aspek psikologi, antropologi & sosiologi, perundangan sosial dan aspek kesihatan. Praktis kerja sosial perubatan merupakan aplikasi kerja sosial untuk menangani ketidakfungsian fizikal, sosial dan psikologi melalui kaedah kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. Perkhidmatan diberikan dalam bentuk bantuan praktik dan terapi sokongan.

 

Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care.  Perkhidmatan yang disediakan di hospital, institusi dan klinik kesihatan adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan.   Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

 

OBJEKTIF UNIT

Memberi perkhidmatan psiko-sosial kepada pesakit-pesakit agar mendapat feadah yang meksima daripada rawatan perubatan dan kesihatan serta membantu mengembalikan kefungsian sosial yang meksima bagi membolehkan mereka kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit yang dialami.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

Keutamaan kami adalah:

  1. Setiap pelanggan akan dilayan sama rata tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan taraf sosio ekonomi.

  2. Setiap kes akan diberi perhatian dan tindakan segera dalam masa 72 jam ( 3 hari bekerja ).

  3. Segala maklumat akan diurus mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

  4. Pemohon atau waris akan sentiasa dimaklum bagi setiap prosedur permohonan bantuan yang dijalankan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Ahad – Rabu : 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Rehat : 1.00 Tengahari – 2.00 Petang

 

Khamis : 8.00 Pagi – 3.30 Petang

Rehat : 1.00 Tengahari – 2.00 Petang

 

LOKASI UNIT

Bersebelahan dengan bilik mesyuarat yang mana berdekatan dengan Unit ICT, Klinik Pakar O&G dan Kompleks Klinik Pakar

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Ahad – Khamis ( waktu bekerja- cuti umum ditutup )

No Tel :  sambungan 6035 (pegawai kerja sosial)

No Fax : 09 – 955 7929

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

  1. Terapi Sokongan / Rundingcara / Bimbingan Dan Kaunseling
  • Penjagaan pesakit kronik / pliatif
  • Cubaan bunuh diri
  • Perbalahan / keganasan rumah tangga
  • Ibu tanpa nikah
  • Mangsa perkosaan
  • Penganiayaan kanak-kanak
  • Kes kurang upaya ( cacat )
  • HIV positif / AIDS
  • Ketagihan
  • Perlindungan Wanita / Gadis
  • Kurang Upaya
  • Lain-Lain

 

  1. Bantuan Praktik

  • Penilaian Sosial Ekonomi
  • Pendidikan Khas / Latihan / Pendaftaran orang kurang upaya
  • Perancangan keluar wad / mengesan keluarga
  • Lawatan ke rumah
  • Penempatan / Institusi
  • Penjagaan anak pelihara / anak angkat
  • Tambang
  • Alat Tiruan / Peralatan
  • Membantu Pendaftaran OKU sekiranya layak