PENGENALAN 

Bahagian Keselamatan merupakan satu bahagian yang menyokong fungsi utama Hospital Tanah Merah (core support) dalam aspek keselamatan perlindungan, fizikal, dokumen, personel dan ICT serta Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bagi memastikan Hospital Tanah Merah dalam keadaan yang selamat daripada sebarang bentuk ancaman.

 

OBJEKTIF UNIT 

Bahagian Keselamatan sebagai benteng perlindungan kepada ancaman keselamatan dan memenuhi keperluan perkhidmatan sokongan operasi Hospital Tanah Merah berlandaskan prinsip amanah, tegas dan adil.

 

PIAGAM PELANGGAN

Melaksanakan keperluan keselamatan Hospital Tanah Merah berteraskan perkhidmatan yang berkualiti dan efektif secara bersepadu dan berterusan serta memastikan aset yang menjadi tanggungjawab kerajaan di Hospital Tanah Merah diberi perlindungan keselamatan daripada sebarang ancaman atau dikompromi.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api

Waktu Operasi 24jam, Setiap Hari

0800-2000

2000-0800

 

LOKASI UNIT

Pejabat Pengarah

Blok D

Tingkat 2

Unit Keselamatan

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Unit Keselamatan

Ahad Hingga Rabu(0800am – 0500pm)

Khamis(0800am – 0330pm)

099545000*3160