PENGENALAN

Unit Kualiti bertujuan untuk menyelaraskan perlaksanaan MS ISO dan Akreditasi serta aktiviti Peningkatan Usaha Kualiti dan merupakan pusat rujukan dalam memberi maklumat kepada semua warga Hospital Tanah Merah

 

OBJEKTIF UNIT

Membentuk data asas untuk aktiviti peningkatan kualiti (Quality Improvement) di hospital dan meneliti kelebihan dan kekurangan aktiviti

 

PIAGAM PELANGGAN

Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan sokongan kepada aktiviti-aktiviti kualiti yang di jalankan di Hospital Tanah Merah. Perkhidmatan yang disediakan adalah mengikut keutamaan, kepentingan, permintaan dan impak terhadap hasil jagaan kesihatan.

 

  • Menyelaras dan memantau program Akreditasi Hospital atau MS ISO setiap tahun

  • Menerima data-data yang lengkap setiap bulan dan dianalisis untuk dihantar ke JKNK berdasarkan tempoh pelaporan

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  • Mengadakan Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti 2 kali setahun, selaras dengan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)

  • Memastikan semua Koordinator Kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti dijalankan.

  • Mengumpul dan menyusun laporan setiap aktiviti dan dibentangkan dalam Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti 2 kali setahun.

  • Membantu dalam penyediaan laporan serta pengedaran.

  • Membukukan laporan kualiti sebagai Laporan Kualiti HTM

  • Sebagai ‘Resource Person’ dalam memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital berkenaan.

  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.

 

LOKASI UNIT

  • Tingkat 3

  • Bangunan Blok C (Blok Pentadbiran) Pejabat Pengarah

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

  • Ahad-Khamis
  • 8 pagi- 5 petang
  • (kecuali cuti am dan hari Khamis [8 pagi-3.30ptg])
  • No tel: 099545000 ext 5006

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN