PENGENALAN

Unit Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tanah Merah memulakan operasi pada tahun 1985 untuk memberi perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi kepada penduduk Jajahan Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Machang. Pada 3 Disember 2003, unit ini beroperasi sepenuhnya di bangunan Blok Materniti baru yang menjadi mercu tanda Hospital Tanah Merah. Khidmat kepakaran telah dimulakan pada September 2006. Unit ini adalah dibawah pengawasan Pakar Perunding Gred Khas Jusa C bermula 1 Ogos 2010

 

OBJEKTIF UNIT

    • Memastikan ibu dan kandungannya berada dalam kedaan sihat dan selamat melalui amalan Budaya Korporat iaitu penyayang, kerja berpasukan dan professional.

    • Memastikan ibu selamat melahirkan bayi yang sihat.

    • Memastikan bayi yang lahir adalah selamat.

    • Memberikan rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit samada berkaitan kes bersalin atau sakit puan melalui amalan Budaya Korporat dan nilai-nilai murni.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

Keutamaan kami adalah :

    • Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

    • Pelanggan yang telah didaftar akan diperiksa oleh Pakar / Pegawai Perubatan dan dapat discaj dalam masa dua jam.

    • Setiap pelanggan akan diberikan penerangan mengenai penyakit dan prosedur rawatan yang berkaitan.

    • Pelanggan / waris akan sentiasa digalakkan bersama-sama terlibat dalam program rawatan pesakit.

Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan dan segala maklumat akan dirahsiakan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Unit O&G memberi perkhidmatan secara rawatan pesakit luar dan pesakit dalam.

  1. PESAKIT LUAR

Skop perkhidmatan di Klinik pakar adalah merangkumi kes-kes ibu mengandung berisiko tinggi dan sakit puan.

  1. PESAKIT DALAM

Unit O&G terdiri dari satu wad dengan kapasiti 30 buah katil di Wad Materniti di mana pengagihan katil adalah 25 buah untuk Obstetrik dan 5 buah untuk Gynae manakala 6 buah katil berasingan di Dewan Bersalin. Antara perkhidmatan yang dijalankan di unit ialah :

    • Perkhidmatan dan rawatan ibu mengandung
    • Perkhidmatan dan rawatan untuk ibu bersalin
    • Perkhidmatan dan rawatan bayi baru lahir

    • Perkhidmatan dan rawatan untuk ibu selepas bersalin

    • Perkhidmatan sokongan Hospital Rakan dan Bayi

    • Perkhidmatan ‘Husband Friendly’

    • Perkhidmatan Sakit Puan (bermula pada Ogos 2007)

    • Perkhidmatan Early Pregnancy Assesment (EPAS) – (Bermula Disember 2010)
    • Perkhidmatan Patient Admission Centre (PAC) – (Bermula 15 Disember 2010) untuk penambahbaikan sistem Triage.

    • Perkhidmatan Gynae-Oncology telah beroperasi mulai bulan Januari 2017.

    • Perkhidmatan Uro-Gynae telah beroperasi mulai bulan Januari 2017

 

LOKASI UNIT

Pesakit LuarKlinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Pesakit DalamDewan Bersalin dan Wad 3

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Aktiviti Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tanah Merah

HariMasaAktiviti
 

Ahad

8.00 am   – 1.00 pm

2.00 pm    –  5.00pm

 

2.00 pm  – 5.00 pm

Klinik Antenatal

Klinik Combine /Pre Pregnancy

( Minggu 1 dan 3)

Klinik Post Natal (Minggu 2 dan 4)

 

Isnin

8.00am   – 1.00pm

11.00am – 1.00pm

2.00 pm  – 5.00pm

Klinik ECV

Klinik Triage

Klinik Epas

Klinik Detail Scan (Minggu 2 dan 4)

Selasa8.00am    – 1.00pm

2.00pm    – 5.00pm

Klinik Gynae

LSCS Audit

 

Rabu

8.00am – 1.00pm

 

 

2.00pm – 5.00pm

Klinik ECV /Klinik Triage

Colposcopy (Minggu 1 & 3)

Klinik Infertility (Minggu 1 & 3)

CME

Khamis8.00am – 1.00pm

11.00am – 1.00pm

Klinik Onco Gynae (minggu 2)

Klinik Uro Gynae (minggu 4)

Klinik Triage/ECV

    • Jumaat dan Sabtu tutup
    • Kelepasan am tutup
    • Nombor telefon untuk dihubungi : 09-9545213 (klinik pakar o&g)/09-9545043 (pac)

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

  1. HOSPITAL RAKAN BAYI
    • Mematuhi 13 langkah Polisi Penyusuan Susu Ibu yang telah ditetapkan.

    • Sentiasa membuat penyeliaan bagi memastikan ibu-ibu tidak membawa botol susu semasa berad di wad.

    • Memberi ceramah mengenai kelebihan susu ibu bagi ibu postnatal atau antenatal di dalam wad.

    • Selepas bersalin dan masih berada di dewan bersalin, ibu-ibu mesti memberi susu ibu kepada bayinya dengan dibantu oleh jururawat bertugads.

    • Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu yang diadakan Pada 1 -7 Ogos setiap tahun. Bagi memeriahkan lagi Program Sambutan,hospirtal mengadakan program khas seperti:

      1. Forum
      2. Pameran di ruang legar Dewan Bersalin
      3. Mengadakan Kuiz Penyusuan Susu Ibu
      4. Memberi hadiah kepada ibu-ibu yang Berjaya menyusukan anak secara eksklusif sebagai galakan kepad ibu yang lain.
    • Mengemaskini Polisi PSI di setiapunit seperti Dewan Bersalin, Wad Materniti , Wad Kanak-kanak, Klinik Pakar , Klinik Pesakit Luar dan unit Kecemasa dan Trauma.

    • Mewujudkan dan kemaskini sudut PSI di unit Pesakit luar dan Klinik Pakar.

    • Mengadakan kursus Laktasi 20 jam dan persiap[an yang lain untuk penilaian semula Hospital Rakan Bayi.
    • Mengekalkan status Hospital Rakan Bayi
  1. HOSPITAL RAKAN SUAMI

Bermula pada 1/1/2004 sehingga sekarang, program ini telah dijalankan dengan lancar. Suami atau waris terdekat di benarkan menemani ibu semasa prose bersalin dengan mematuhi polisi rakan suami sepert yang dipaparkan di luar pintu masuk ke dewan Bersalin. Peneman digalakkan memberi sokongan emosi kepada ibu.

  1. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
    • Meneruskan dan meningkatkan pengamalan Hospital Rakan Suami.

    • Mengadakan CME/CNE pada setiap hari Rabu secara berkala untuk meningkatkan mutu pengetahuan jururawat dan paramedic yang lain.

    • Mengadakan mesyuarat Perinatal Mortaliti setiap bulan dan secara berkala untuk meningkatkan mutu dalam perkhidmatan perawatan pesakit.

    • Mengadakan Maternal mortality dan morbidity review 4 kali setahun.

    • Mengadakan caesarean audit pada setiap selasa untuk mengenalpasti punca-punca keperluan kepada pembedahan ‘caserean’ penambahbaikan perkhidmatan.

    • Meneruskan dan meningkatkan program ‘Baby Friendly Hospital Initiative’.

      1. Meneruskan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu setiap tahun iaitu pada 1-7 Ogos

      2. Mengadakan Kursus Laktasi 20 Jam kepada semua kakitangan 2 kali setahun

      3. Meneruskan Polisi PSI di hospital termasuk amalan Sentuhan Ibu dan Bayi (Skin to Skin Contact) selepas bersalin.

    • Melakukan “Obstetrik drill” pada minggu ke-2 dan ke-4.
    • Mengadakan kursus “Obstetrik emergency” 2 kali setahun.
    • Meneruskan perkhidmatan di unit untik mencapai objektif MDG5 (Millennium Development Goals) dan SDG ( Sustainable Development Goals)

        1. Mengadakan sesi klinik pra kehamilan untuk ibu-ibu berisiko tinggi pada waktu petang hari Selasa serta khidmat perancang keluarga.

        2. Detail scan pada setiap hari Isnin.
        3. Meningkatkan sistem PAC/EPAS (mengantikan triage).
        4. Grand ward pada setiap padi hari Rabu.