PENGENALAN

Klinik Optometri Hospital Tanah Merah merupakan sebuah unit kepakaran mata yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan pemeriksaan mata primer dan lawatan pakar mata sebulan sekali. Klinik ini mula beroperasi pada November 2015. Struktur perkhidmatan unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan klinik optometri yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam (wad) serta unit lawatan pakar Oftalmologi yang hanya diadakan sebulan sekali. Dengan adanya  Klinik Optometri Hospital Tanah Merah telah memudahkan pesakit untuk rujukan awal daripada Klinik Kesihatan seluruh daerah Tanah Merah dan kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan susulan.

 

OBJEKTIF UNIT

Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata primer yang menyeluruh serta berkualiti, dinamik, cekap, berkesan dan mempunyai persekitaran yang selesa menerusi kelengkapan yang lengkap dan terkini.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

KEUTAMAAN KAMI ADALAH:

  1. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

  1. Pelanggan yang telah didaftar akan diperiksa oleh Pakar / Pegawai Perubatan dan dapat discaj dalam masa dua jam.

  1. Setiap pelanggan akan diberikan penerangan mengenai penyakit dan prosedur rawatan yang berkaitan.

  1. Pelanggan / waris akan sentiasa digalakkan bersama-sama terlibat dalam program rawatan pesakit.

  1. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan dan segala maklumat akan dirahsiakan

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Jabatan ini memberi perkhidmatan pemeriksaan mata primer kepada pesakit yang mempunyai temujanji dan pesakit yang hadir untuk lawatan pakar mata sebulan sekali.

Klinik terbahagi kepada 2 iaitu Klinik Primer yang dikendalikan oleh Pegawai Optometri & Klinik Lawatan Pakar yang dikendalikan oleh Pegawai Oftalmologi daripada HRPZ dan dibantu oleh Pegawai Optometri.

Antara perkhidmatan yang diberikan :

  • Perkhidmatan pemeriksaan ralat refraksi
  • Perkhidmatan pemeriksaan ‘Binocular Vision’
  • Perkhidmatan pemeriksaan penglihatan terhad & buta
  • Perkhidmatan rehabilitasi penglihatan
  • Perkhidmatan pemeriksaan pemakaian kanta sentuh
  • Perkhidmatan pemeriksaan mata kanak-kanak sekolah & AVIS
  • Perkhidmatan saringan awal glukoma & diabetis

 

LOKASI UNIT

Klinik Optometri Primer – Bilik no. 6, Klinik Mata, Kompleks Klinik Pakar.

Klinik Lawatan Pakat – Bilik no. 8 & 9, Klinik Mata, Kompleks Klinik Pakar.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

HariAktiviti
Minggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4
AhadPengurusanLawatan PakarSesi KlinikSesi Klinik
IsninLawatan KK Batu GajahLawatan SekolahLawatan KK Batu GajahLawatan Sekolah
SelasaSesi KlinikSesi KlinikSesi KlinikSesi Klinik
RabuSesi KlinikSesi KlinikSesi KlinikSesi Klinik
KhamisAvisCoe HPRZAvisCoe HKK

 

**Jumaat & Sabtu – Tutup

**Kelepasan Am     – Tutup

**No. Untuk Dihubungi – 09 9545000

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

1) SARINGAN PENGLIHATAN PELAJAR SEKOLAH BERSAMA UNIT SEKOLAH KLINIK KESIHATAN

– Program merupakan aktiviti ‘outreach’ Pegawai Optometri bagi mengesan sebanyak mungkin pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai masalah penglihatan untuk dirujuk ke hospital. Projek bekerjasama dengan unit sekolah daripada Klinik Kesihatan Daerah.

2) SARINGAN PENGLIHATAN AVIS

– Program merupakan salah satu aktiviti wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyaring penglihatan kanak-kanak diperingkat tadika dan pra sekolah. Tujuan projek ini adalah untuk melakukan pengesanan rabun seawal usia.