PENGENALAN

Unit Otorinolaringologi Hospital Tanah Merah merupakan sebuah unit kepakaran yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan perubatan dan pemulihan masalah telinga, hidung dan tekak serta pemulihan pertuturan. Klinik  Otorinolaringologi mula beroperasi pada April 2018. Struktur perkhidmatan unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan  klinik pakar yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam (wad). Dengan adanya Klinik Otorinolaringologi Hospital Tanah Merah telah memudahkan pesakit mendapatkan rawatan susulan.

 

OBJEKTIF UNIT

Berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan pesakit telinga, hidung dan tekak melalui cara-cara berikut :

  1. Mempercepatkan pengesanan serta pengurusan rawatan penyakit pada peringkat awal.

  2. Pemulihan awal bagi mereka yang kurang pendengaran, masalah pertuturan dan bahasa.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

KEUTAMAAN KAMI ADALAH :

  1. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

  2. Pelanggan yang telah didaftar akan menerima rawatan oleh Pakar / Pegawai Perubatan dan dapat discaj dalam masa 2 jam bergantung kepada prosedur yang dilakukan.

  3. Setiap pelanggan akan diberikan penerangan mengenai penyakit dan prosedur rawatan yang berkaitan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit melalui perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam (wad):

  1. Perkhidmatan pesakit luar yang diadakan pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hari khamis 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

  2. Perkhidmatan Pembedahan ORL

  3. Perkhidmatan Pendengaran (Audiologi)

  4. Perkhidmatan Pertuturan ( Lawatan dari Hospital Raja Permpuan Zainab II )

 

LOKASI UNIT

Di Kompleks Klinik Pakar ( Bilik 11 )

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

Hari Aktiviti
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
Ahad Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik
Isnin Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik
Selasa Lawatan / pembedahan di Hospital Jeli Sesi klinik Lawatan / pembedahan di Hospital Jeli Sesi klinik
Rabu Sesi klinik / CME Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik
Khamis Pembedahan di HTM Sesi klinik Sesi klinik Sesi klinik
Sabtu Pembedahan  Locum Rehat Pembedahan  Locum Rehat