PENGENALAN

Klinik Pakar Ortopedik Hospital Tanah Merah memulakan operasi pada tahun 2006 di bawah seliaan seorang Pakar Ortopedik dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan untuk memberi perkhidmatan Ortopedik kepada penduduk Jajahan Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Machang.

 

Pada awal tahun 2016, Unit Ortopedik ini beroperasi sepenuhnya di bangunan baru yang dahulunya sebagai Unit Pesakit Luar (OPD) diubahsuai sebagai Klinik Pakar Ortopedik & Wad Ortopedik Lelaki. Jumlah katil sehingga hari ini sebanyak 24 katil iatu 10 katil lelaki, 10 katil perempuan dan 4 katil kanak-kanak.

 

OBJEKTIF UNIT

  1. Menjadikan Unit Ortopedik sebagai Institusi yang unggul dan berkualiti dalam bidang perawatan asas dan bidang kepakaran Ortopedik.

  2. Melahirkan anggota yang penyayang, profesionalisma dan mempunyai semangat kerja berpasukan dalam merialisasikan budaya kerja cemerlang.

  3. Menyediakan kemudahan latihan, kemahiran dan perkembangan kerjaya kepada anggota bagi menjamin perkembangan kepakaran Ortopedik yang berterusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

  4. Sentiasa menghormati hak pelanggan dan menjaga kerahsiaan pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan diberi layanan mesra dan rawatan yang berkualiti sejajar dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Pesakit yang berurusan dengan Klinik Pakar Orthopedik akan dilihat oleh Pakar / Pegawai Perubatan dalam tempoh 120 minit setelah mendapat nombor giliran.

  3. Setiap kes baru yang dirujuk akan dilihat oleh Pegawai Perubatan & Pakar Ortopedik dalam sesi ‘walk-in’ pada setiap hari Ahad hingga Rabu. (100% pesakit akan diberi tarikh temujanji dalam tempoh sebulan)

  4. Sekurang-kurangnya 75% pesakit di Wad Ortopedik yang mengalami kepatahan tulang panjang akan dapat menjalani pembedahan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh kemasukan ke wad.

  5. Memastikan jangkitan pada luka bersih selepas menjalani pembedahan elektif kurang 2% daripada jumlah kes elektif.

  6. Mencapai sekuran-kurangnya 80% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan di Klinik Pakar Ortopedik.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  1. Klinik Pakar Pesakit Luar Ortopedik

  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Ortopedik.

  3. Perkhidmatan Rawatan Plaster Of Paris ( POP ).

  4. Perkhidmatan Pembedahan Kecil ( Daycare Surgery ).

  5. Perkhidmatan ‘Walk-In Clinic’ pada setiap hari Ahad hingga Rabu.

  6. Perkhidmatan Medico-Legal termasuk penilaian fizikal kepada pesakit untuk laporan perubatan, polis, SOCSO dan lain-lain tuntutan perkhidmatan rawatan pesakit.

  7. Bidang Sokongan Klinikal seperti Unit Pengimejan (X-Ray), Farmasi, Fisioterapi & Rehabilitasi, Unit Rekod dan medico-legal dan Makmal.

  8. Lawatan Klinik Pakar dan Pembedahan ke Hospital Jeli

  9. Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan & kemahiran kami mengadakan’ training’ kepada Pegawai Perubatan dan kakitangan seperti :

    • Surgical Approaches & Techniques
    • Journal Club & Mortality/Morbidity Audit
    • Trauma Radiograph Discussion
    • Pembelajaran Berterusan (CME)

 

LOKASI UNIT

Pesakit Luar :

Klinik Pakar Ortopedik terletak di bangunan sama dengan Wad 5 (lelaki) berdekatan dengan Unit Kecemasan & Trauma, Unit Radiologi, CSSU dan Unit Farmasi Pesakit Luar.

Pesakit Dalam :

Wad 4 (Perempuan) dan Wad 2 (kanak-kanak) berada di bangunan berasingan antara satu sama lain.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Klinik Pakar Ortopedik :

 

Hari Masa Aktiviti
Ahad 8.00 am – 5.00 pm ‘Daily Ward round + Teaching’

Sesi Klinik Ortopedik (Kes Baru)

Kes Elektif Pembedahan

Lawatan Ke Hospital Jeli ( Ahad Minggu 1)

Isnin 8.00 am– 5.00 pm ‘Daily Ward round + Teaching’

Sesi Klinik(Kes Ulangan & Kes Baru)

Pre-Op Round Kes Elektif

Selasa 8.00 am– 5.00 pm ‘Daily Ward round + Teaching’

Sesi Klinik Ortopedik (Kes Baru)

Kes Elektif Pembedahan

Lawatan Ke Hospital Jeli(Selasa Minggu 2 & 4)

Rabu 8.00 am– 5.00 pm ‘Daily Ward round + Teaching’

Sesi Klinik(Kes Ulangan & Kes Baru)

Trauma Radiograph Discussion

Mortality/Morbidity Audit

Journal Club

 

Khamis 8.00 am– 3.30 pm ‘Grand ward round + teaching’

Cme unit

Mesyuarat unit/kelab ortopedik

Gotong rotong sebulan sekali

 

 

  • Jumaat dan Sabtu tutup
  • Kelepasan Tutup

** No telefon untuk dihubungi : 09-9545055 ( Klinik Pakar Ortopedik )

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

  1. Aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran berterusan (CME), Trauma Radiograph Discussion dan Surgical Approach Technique

  2. Bengkel & kursus mega seperti Bengkel POP, Bengkel Total Knee Replacement (TKR), Bengkel Monorail dan External Fixator