PENGENALAN

Sebagai Makmal Klinikal di mana ujian terhadap spesimen pesakit dijalankan untuk mendapatkan maklumat kesihatan bagi menyokong diagnosis (pengesanan penyakit), penentuan rawatan dan langkah- langkah pencegahan

 

OBJEKTIF UNIT

    • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, dan Transfusi.

    • Menyediakan perkhidmatan 24 jam termasuk bekalan darah dan produk darah yang selamat serta mencukupi bagi penjagaan pesakit berkualiti.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti, selamat, mesra dan penyayang.

Keutamaan kami adalah:

    • Semua ujian kecemasan yang disenaraikan akan disiapkan dalam tempoh masa :

        1. 45 minit bagi ujian Full Blood Count, Renal Profile, Serum Bilirubin, Dengue Rapid

        2. 90 minit bagi ujian Pt/Aptt (Coagulation)

    • Setiap pek darah yang dibekalkan kepada pesakit adalah sesuai dan selamat.

    • Semua ujian yang tidak dapat dijalankan di Unit Patologi & Transfusi Hospital Tanah Merah akan dihantar ke makmal rujukan.

    • Setiap maklumat berkaitan dengan keputusan ujian adalah sulit dan akan diuruskan mengikut peraturan dan perundangan yang terkini.

Jika anda mempunyai sebarang aduan/ permasalahan berkaitan unit ini, sila berhubung terus dengan Ketua Unit atau Pengarah Hospital.

No. Tel: 09- 9545000 ext 5144 @ 5001

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

  1. PATOLOGI KIMIA

Menganalisis bagi mengetahui kandungan dan komposisi kimia dalam badan, melalui analisa terhadap sampel (seperti darah, air kencing, tinja dsbg) bagi mengenalpasti punca penyakit dan simptom yang dialami pesakit.

Ujian Rutin Yang Dijalankan:

    • Renal Profile, Lipid Profile, Cardiac Enzyme (CK & CKMB),  Liver Function Test, Uric  Acid, Lactose Dehydrogenase (LDH), Blood Gases , Urine FEME, Urine Pregnancy Test.
    • Ujian Pengesanan Dadah di Dalam Urin ( Routine Medical Examination)
  1. HEMATOLOGI

Analisa terhadap darah merangkumi komponen darah dan komposisinya dalam badan. Kajian terhadap sel darah dan ciri- cirinya (morfologi), bagi membantu diagnosis dan rawatan pesakit.

Ujian Rutin Yang Dijalankan:

    • Full Blood Count
    • Ujian Koagulasi ( PT/ APTT)
    • Saringan G6PD bagi bayi baru lahir
    • ESR

Ujian Khas Yang Dijalankan:

    • Full Blood Picture
  1. MIKROBIOLOGI

Penyiasatan terhadap spesimen bagi mengesan kuman atau patogen (mikroorganisma) yang menyebabkan jangkitan seterusnya membantu dalam penentuan rawatan yang sesuai.

Ujian Rutin Yang Dijalankan:

    • Culture & Sensitivity ( Urine, Blood, Stool, Sputum, Swab, Tissue & Body Fluid)
    • Yeast Anti Fungal Sensitivity (Blood, CSF Body Fluid (sterile site))
    • Serology ( Covid Rapid Test, Dengue Rapid Test, Leptospira Rapid Test, Syphilis (RPR))
    • Parasitology (BFMP, Stool microscopy)­
  1. TABUNG DARAH

Mendapatkan bekalan darah melalui program derma darah, membuat ujian saringan dan ujian keserasian bagi membekal darah dan produk darah yang selamat kepada pesakit yang memerlukan.

  1. MAKMAL RUJUKAN

Menguruskan penghantaran spesimen bagi ujian khas yang tidak ditawarkan di Hospital Tanah Merah ke makmal rujukan luar (contoh: IMR, HKL dan sebagainya).

 

LOKASI UNIT

  1. TABUNG DARAH

Bersebelahan Pintu Masuk Unit Radiologi (X-ray)

  1. MAKMAL MIKROBIOLOGI/ MAKMAL RUJUKAN/ MAKMAL KLINIKAL

Berhadapan KSDK Mart

  1. MAKMAL PATOLOGI KIMIA & HEMATOLOGI

Bersebelahan Unit Bedah Mulut & Maksilofasial

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

  1. TABUNG DARAH (09-9545109)
  • Klinikal

24 jam

  • Pendermaan Darah (09-9545111)

Ahad- Rabu

8.00 pagi- 4.30 ptg

Khamis

8.00 pagi – 3.00 ptg

 

  1. MAKMAL PATOLOGI KIMIA & HEMATOLOGI (09-9545110)

24 jam

 

  1. MAKMAL MIKROBIOLOGI (09-9545063)

Ahad- Rabu

8.00 pagi- 5.00 ptg

Khamis

8.00 pagi – 3.30 ptg

Jumaat & Sabtu

8.00 pagi- 1.00 ptg ( oncall )

 

  1. MAKMAL RUJUKAN & MAKMAL KLINIKAL (09-9545107)

Ahad- Rabu

8.00 pagi- 5.00 ptg

Khamis

8.00 pagi – 3.30 ptg

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

Sila hadirkan diri ke Program Derma Darah (secara walk in) di Tabung Darah, Unit Patologi & Transfusi

Waktu Operasi:

Ahad- Rabu

8.00 pagi- 4.30 ptg

Khamis

8.00 pagi – 3.00 ptg

 

(

untuk mendapatkan maklumat berkaitan Program Derma Darah Bergerak disekitar Kelantan- sila layari akaun facebook Derma Darah Kelantan )