PENGENALAN
Unit Pediatrik Hospital Tanah Merah memberikan khidmat rawatan khusus untuk bayi dan kanak -kanak yang merangkumi rawatan pesakit luar dan pesakit dalam. Khidmat kepakaran di Unit Pediatrik Hospital Tanah Merah telah bermula pada bulan September 2006.
Pesakit pediatrik yang memerlukan rawatan pesakit dalam akan ditempatkan di Wad 2. Terdapat 23 katil di wad ini, dengan pecahan 15 katil pediatrik, 4 katil untuk pediatrik pembedahan dan 4 katil untuk pediatrik orthopedik.
Bayi yang memerlukan rawatan pesakit dalam akan ditempatkan di Special Care Nursery (SCN) yang mempunyai 13 buah katil. Bayi yang memerlukan rawatan intensif akan dirawat di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) yang dapat menempatkan 2 buah katil.
Klinik Pakar Kanak-Kanak menyediakan rawatan pesakit luar, termasuk klinik lawatan pakar perunding pediatrik neurologi, kardiologi dan endokrinologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.
OBJEKTIF UNIT
Untuk memberikan perkhidmatan dan perawatan yang optima, professional, berkualiti dan efektif kepada pesakit bayi dan kanak-kanak serta mempraktikkan etika perkhidmatan dan pengurusan yang berkemahiran serta melahirkan warga kerja yang berwawasan, berdaya maju dan berdaya saing.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti. Keutamaan kami adalah :
-
-
Pelangggan akan dirawat secara professional, sama rata serta mesra tanpa mengira bangsa, agama, adat resam dan taraf sosio ekonomi dengan penerapan nilai-nilai murni Budaya Korporat selagi tidak bercanggah dengan polisi hospital.
-
Setiap maklumat/ perkara yang berkaitan dengan pelanggan akan diuruskan mengikut peraturan perundangan yang telah ditetapkan.
-
Setiap pelanggan akan dilayan dan ditempatkan di katil dalam masa 5 minit setelah dimasukkan ke wad.
-
Setiap pelanggan yang discaj akan dapat pulang ke rumah dalam masa 1 jam 30 minit selepas dimaklumkan.
-
Setiap pelanggan akan sentiasa dimaklumkan bagi setiap perawatan/ prosedur yang dijalankan dan digalakkan melibatkan diri dalam program perawatan mereka.
-
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI
Unit Pediatrik memberikan perkhidmatan rawatan pesakit dalam dan pesakit luar.
-
Perkhidmatan Pesakit Dalam
-
Perkhidmatan dan rawatan kanak-kanak dan bayi
-
Rawatan transfusi darah bagi pesakit thalassaemia
-
Perkhidmatan dan rawatan intensif bayi
-
Perkhidmatan ‘neonatal retrieval team’ bagi bayi yang dilahirkan di Hospital Jeli yang memerlukan bantuan pernafasan dan rawatan intensif bayi di Hospital Tanah Merah
-
- Perkhidmatan Pesakit Luar
-
-
Klinik Pakar Pediatrik dua kali seminggu dan klinik ‘short term’ setiap 2 minggu
-
Menjalankan klinik ‘ECHO screening’ setiap 2 minggu
-
Lawatan pakar pediatrik dan pegawai perubatan ke Hospital Jeli bagi melakukan rondaan wad dua kali seminggu dan menjalankan klinik lawatan pakar pediatrik setiap 2 minggu
- Perkhidmatan klinik lawatan pakar perunding pediatrik neurologi, kardiologi dan endokrinologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.
-
LOKASI UNIT
Pesakit Dalam | Wad 2, Special Care Nursery (SCN), Neonatal Intensive Care Unit (NICU) |
Pesakit Luar | Klinik Pakar Pediatrik |
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line)
Hari | Masa | Aktiviti |
Ahad
|
8am – 5pm
8am – 5pm |
Klinik Lawatan Pakar Pediatrik Kardiologi
(minggu pertama setiap bulan)
Klinik Lawatan Pakar Pediatrik Neurologi (minggu keempat setiap 2 bulan) |
Isnin
|
8am – 1pm
8am – 5pm
|
Short term clinic
(setiap minggu ke 2 dan 4)
Klinik Lawatan Pakar Pediatrik Endokrinologi (setiap 3 bulan) |
Selasa
|
8am – 1pm
2pm – 5pm
|
Klinik Pakar Pediatrik
ECHO screening (minggu pertama dan ketiga) |
Rabu | 8am – 1pm | Klinik Pakar Pediatrik |
No telefon : 09-9545095 (Kaunter Komplek Klinik Pakar)
AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN
-
- Kursus Neonatal Resuscitation Programme (NRP)
- Pediatric Refresher Course
- Bengkel Thalassaemia
- Hospital Rakan Bayi
- Kursus Laktasi 20 jam
- Sambutan Minggu Penyusuan Ibu