PENGENALAN

Unit Penyeliaan Hospital terletak di bangunan tingkat  3,  Hospital Tanah Merah. Unit ini memberi tumpuan kepada  aspek pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan serta bertanggungjawab ke atas Pembantu Perawatan Kesihatan juga membantu tugas- tugas lain yang diperlukan . Selain itu unit ini juga  terlibat membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Tanah Merah .

Unit ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 selaku Ketua Penyelia Hospital yang terlibat secara langsung menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan bersama dengan bantuan Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dari unit yang lain.

 

OBJEKTIF UNIT

  1. Mengatur dan mengurus sumber manusia bawah seliaan dengan cekap dan optima mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

  2. Menyelaras latihan secara berterusan  kepada anggota di bawah jagaan.

  3. Memastikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan memberi perkhidmatan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Semua pelanggan tanpa mengira kaum dan pangkat akan menerima perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

Skop perkhidmatan

  1. Pemantauan secara berterusan  semua anggota dibawah seliaan :

    • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan.

    • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.
    • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian.
    • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut  bidang tugas masing-masing.

  1. Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan.
    • Urusan pengagihan anggota

    • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana – mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.

    • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM)
    • Orientasi anggota baru
    • Urusan penempatan
    • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan.
  1. Pengurusan Latihan bagi anggota di bawah seliaan.
    • Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota
    • Menyediakan laporan latihan yang dihadiri oleh anggota
    • Mengurus buku log latihan anggota.
    • Orientasi anggota baru
    • Merancang latihan bagi anggota

 

LOKASI UNIT

Tingkat 3 ,Bangunan Pentadbiran , Blok C.Hospital Tanah Merah ,Tanah Merah Kelantan .

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Hari Waktu
AHAD hingga RABU
  • 8.00 am – 1.00 pm
  • 1.00 pm – 2.00 pm (REHAT)
  • 2.00 pm – 5.00 pm
KHAMIS
  • 8.00 am – 1.00 pm
  • 1.00 pm – 2.00 pm (REHAT)

·         2.00 pm – 3.30 pm

JUMAAT/ SABTU/KELEPASAN AM      CUTI

Direktori     Utama :09 9545139     Fax :09 9552337

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

Unit Penyeliaan Hospitsal Juga bertanggungjawab kepada  agensi kerajaan dan swasta serta lain-lain badan yang berkepentingan dalam  pengurusan hospital serta perkhidmatan Unit Penyeliaan PPP.

    • Syarikat Konsesi – sebagai pegawai liason (FEMS)
    • Syarikat Keselamatan – Penyelarasan aktiviti keselamatan hospital.
    • Pihak Bomba & Penyelamat – Aktiviti pencegahan kebakaran.
    • Bencana – Menyelaras bencana banjir
    • Perhubungan – Menjadi penghubung antara NGO, Ahli Lembaga pelawat ,Politik ,Agensi Kerajaan   dan Swasta yang berkaitan .