PENGENALAN

Unit Perolehan, Aset Dan Pembangunan adalah salah satu daripada Bahagian Pengurusan, Hospital Tanah Merah yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal  Sebutharga, Aset dan Pembangunan fasiliti hospital.

Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir dan dianggotai oleh 3 orang yang terdiri daripada 2 Pembantu Tadbir Kanan (P/O) dan seorang Pembantu Tadbir (P/O)

 

OBJEKTIF UNIT

    • Menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan perancangan di Peringkat Jabatan.

    • Melaksanakan dasar perolehan kerajaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.

    • Mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengawasan aset jabatan.

    • Kawalan dan Pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    • Memantau, menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.

    • Menyelaras permohonan dan memantau prestasi pelaksanaan dan kewangan projek-projek pembangunan di bawah Belanja Peruntukan Pembangunan.

    • Menyelaras dan mengemaskini laporan prestasi perbelanjaan dan fizikal projek.

    • Memastikan projek-projek dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

PIAGAM PELANGGAN

    • Menguruskan Sebutharga dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.

    • Mengeluarkan SST dalam tempoh 14 Hari dari Kelulusan Jawatankuasa Pemilihan.

    • Pendaftaran aset dalam tempoh 14 Hari dari tarikh penerimaan aset.

    • Inden Kerja perlu dikeluarkan 14 hari selepas kelulusan jawatankuasa pemilihan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

AHAD -RABU

Masa Operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang

KHAMIS

Masa Operasi 8.00 pagi hingga 3.30 petang

JUMAAT – SABTU  – TUTUP

KELEPASAN AM    – TUTUP

 

LOKASI UNIT

Tingkat 1,

Blok Pejabat Pengarah

Hospital Tanah Merah

17500 Tanah Merah

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Beroperasi dari Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di talian

09-954 5004 (Perolehan)

09-954 5140 (Aset )

06-954 5232 (Pembangunan)

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

Latihan

    • Taklimat mengenai sebutharga dalam Sistem ePerolehan

    • Taklimat Pengurusan Aset Kerajaan menggunakan Sistem SPPA

    • Taklimat Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan MySPATA