PENGENALAN 

Unit Perubatan Hospital Tanah Merah merupakan pusat rujukan minor bagi rawatan kepakaran dalam bidang perubatan am untuk semua Pusat Kesihatan, Pengamal Perubatan Persendirian di Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Jeli termasuk Hospital Jeli. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan khusus mengikut subkepakaran, pesakit akan dirujuk ke HRPZII atau Klinik Pakar Lawatan HTM mengikut keadaan pesakit. Jumlah katil untuk rawatan pesakit dalam adalah sebanyak 30 katil yang merangkumi HDW, Wad 1 (Wad Lelaki) dan Wad 4 (Wad Perempuan).

 

OBJEKTIF UNIT 

  1. Menjadikan Unit Perubatan sebagai pusat rujukan (tertiary referral centre) bagi kepakaran dalam bidang perubatan am untuk kawasan dibawah jajahan Tanah Merah & Jeli
  2. Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan prihatin terhadap pesakit dengan memberi  perawatan berkualiti tinggi dan efisen yang menepati kehendak dan keperluan pelanggan.
  3. Mewujudkan penglibatan dan penyertaan individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu penjagaan kesihatan.

 

PIAGAM PELANGGAN 

1. Pesakit dalam

Setiap pesakit akan dilayan dan ditempatkan di katil dalam masa 5 minit setelah dimasukkan ke dalam wad.

 

2. Klinik Pakar

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

Keutamaan kami adalah:

  • Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf socio ekonomi.
  • Pelanggan yang telah didaftar akan diperiksa oleh Pakar/pegawai perubatan residen dan dapat didiscaj dalam masa 2 jam.
  • Setiap pelanggan akan diberikan penerangan mengenai penyakit dan prosedur rawatan yang berkaitan.
  • Pelanggan/waris akan sentiasa digalakkan bersama-sama terlibat dalam program rawatan pesakit.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan dan segala maklumat akan dirahsiakan.

 

Unit Hemodialisis:

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

 

Pesakit dan penjaga juga perlu memberi kerjasama kepada kakitangan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara telus dan saksama.

 

Keutamaan kami adalah:

  1. Setiap pesakit akan menerima rawatan hemodialisis selama 4 jam setiap sesi rawatan, 3 kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. Pesakit akan dilihat oleh pakar Nefrologi setiap 6 minggu sekali seperti jadual lawatan yang disediakan oleh Pakar Nefrologi HRPZ 11 Kota Bharu.
  3. Pesakit tetap yang tidak dapat melakukan rawatan hemodialisis di unit ini akan dirujuk ke pusat rawatan hemodialisis lain.
  4. Setiap pelanggan akan diberikan keterangan yang jelas mengenai prosedur rawatan yang diberi.
  5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan prosedur rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI 

  • Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan
  • Makmal kardiologi (ECHO, stress test & holter)
  • Klinik pakar perubatan (Perubatan AM)
  • Klinik lawatan subkepakaran
  • Sub Kepakaran Infectious Disease
  1. Sub Kepakaran Kardiologi
  • Sub Kepakaran Gastroenterologi                       
  • Sub Kepakaran Nefrologi                                                             
  • Sub Kepakaran Haematologi   
  • Sub Kepakaran Rheumatologi  
  • Klinik respiratori
  • Unit hemodialysis
  • Waktu rawatan/ jadual klinik.

 

MasaHariKlinik
8.00 am – 1.00 pmAhadTB / general respi clinic
2.30 pm – 3.30 pmAhad ( 1st and 3rd week)Combine clinic
8.00 am- 1.00 pmIsninGeneral MOPD clinic
8.00 am – 1.00 pmSelasaGeneral MOPD clinic
8.00 am – 1.00 pmRabuVisiting Hemato / ID clinic
8.00 am – 1.00 pmKhamisDiabetic clinic / other visiting clinic.

 

4.3 Klinik Lawatan Subkepakaran

Cardiology : setiap 2 bulan sekali

Nephrology : setiap 6 minggu sekali

Hematology : setiap bulan

Rheumatology : setiap 2 bulan sekali

Penyakit berjangkit (ID): setiap 2 bulan sekali

Gastroenterology : setiap bulan

 

LOKASI UNIT :

 

  1. Klinik Pakar Perubatan (kompleks klinik pakar)
  2. Klinik Pakar Respiratori
  3. Ward 1 (ward lelaki)
  4. Ward 4 (ward perempuan)
  5. HDW
  6. Unit hemodialysis

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line) :

WAKTU OPERASINO TEL
Klinik Pakar PerubatanAhad- Rabu : 8.00 am- 5.00 pm

Khamis : 8.00 am – 3.30 pm

Jumaat & Sabtu : Tutup

Kelepasan am : Tutup

 

09- 9545095
Klinik Respiratori09-9545085
Unit HemodialysisSabtu – Khamis (termasuk hari kelepasan am) : 7.00 am -8.00 pm

Jumaat : Tutup

 

09-9545125

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN :

  1. Mengadakan CME setiap hari selasa secara berkala untuk meningkatkan mutu pengetahuan anggota unit.
  2. Mengadakan mesyuarat mortality audit setiap bulan secara berkala untuk meningkatkan mutu dalam perkhidmatan perawatan pesakit
  3. Lawatan pakar ke Hospital Jeli setiap 3kali seminggu.
  4. AMS round bersama pakar pathologi dan pharmacist.
  5. Merancang dan melaksanakan kursus secara berkala bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan update kepada rawatan terkini kepada semua pegawai perubatan.