PENGENALAN 

Unit Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tanah Merah telah beroperasi sepenuhnya di Hospital Tanah Merah semenjak tahun 2011. Sebelum ini Klinik Pakar Psikiatri berjalan dengan kehadiran pakar lawatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab 2 sebulan sekali.

Kawasan operasi meliputi Jajahan Tanah Merah dan Jeli serta sebahagian Daerah Machang.

 

OBJEKTIF UNIT

  1. Objektif am:

Berusaha memberikan khidmat rawatan dan pemulihan psikiatri serta kesedaran dan pendidikan kesihatan mental yang menyeluruh kepada masyarakat di Kelantan Barat.

  1. Objektif spesifik:
  • Memastikan setiap pesakit menerima perawatan yang sewajarnya.

  • Memberi kesedaran/ psikoedukasi kepada pesakit dan keluarga tentang pentingnya rawatan ubatan dan temujanji secara berkala.

  • Menyediakan rawatan dalam komuniti kepada pesakit tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

  • Menyediakan rawatan rehabilitasi kepada pesakit yang sudah stabil oleh Pegawai Jurupulih Carakerja yang terlatih.

  • Menyediakan khidmat psikoterapi dan IQ test oleh Pegawai Klinikal Psikologi (lawatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu)

  • Menyediakan khidmat kaunseling oleh Pegawai Psikologi

  • Menyediakan program terapi gantian methadon.

  • Mengadakan promosi kesihatan mental kepada katitangan dan masyarakat sekitar.

 

PIAGAM PELANGGAN 

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional dan menyeluruh, mesra, dan berkualiti.

KEUTAMAAN KAMI ADALAH :

  1. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

  2. Pelanggan yang telah didaftar akan dilihat oleh Pakar / Pegawai Perubatan dan dapat discaj dalam masa dua jam.

  3. Setiap pelanggan akan diberikan psikoedukasi mengenai mengenai penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

  4. Pelanggan / waris akan sentiasa digalakkan bersama-sama terlibat dalam program rawatan pesakit.

  5. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan mengenai masalah kesihatan mentalnya akan terpelihara semasa menerima rawatan dan segala maklumat akan dirahsiakan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI 

Unit Psikiatri memberi perkhidmatan secara rawatan pesakit luar dan pesakit dalam (Liason) serta rawatan komuniti  :

 

  1. PESAKIT LUAR

Skop perkhidmatan di Klinik pakar adalah merangkumi kes-kes yang dirujuk dari Klinik Kesihatan Daerah Tanah Merah, Unit Kecemasan dan Trauma,  serta dari wad-wad di Hospital Tanah Merah.

    1. Kes-kes baru : setiap Ahad

    2. Rawatan susulan (pesakit general): Setiap Isnin dan Rabu (pagi)

    3. Rawatan susulan psikiatri kanak kanak: setiap Isnin petang minggu ke 1

    4. Rawatan susulan Memori Klinik: setiap Isnin petang minggu ke 3

    5. Klinik terapi gantian methadone : setiap hari : 8.00 – 9.30 pagi.

    6. Lawatan bulanan Pakar Psikiatri ke:

          • Klinik Kesihatan Gual Ipoh, Tanah Merah: hari Selasa minggu ke 2

          • Klinik Kesihatan Ayer Lanas, Jeli : Hari Selasa minggu ke 3

          • Klinik Kesihatan Jeli : Hari Khamis minggu ke 4

          • Hospital Machang: Hari Isnin minggu ke 4

          • Penjara Machang : Hari Rabu minggu ke 2

       

  1. PESAKIT DALAM

Skop perkhidmatan pesakit dalam adalah untuk pesakit mental dalam wad yang stabil dan tidak agresif serta mempunyai sokongan keluarga yang kuat, serta merawat kes-kes yang dirujuk dari unit-unit lain.

 

3. RAWATAN KOMUNITI

  • Kawasan lawatan komuniti meliputi daerah Tanah Merah dan kes kes tertentu di daerah berdekatan.

  • Lawatan pasukan komuniti beroperasi pada waktu pejabat sahaja.

  • Perawatan hendaklah berasaskan “multidisciplinary team” (melibatkan Pegawai Jurupulih Carakerja dan/atau Pegawai Kerja Sosial Perubatan).

Jenis perkhidmatan rawatan komuniti yang disediakan ialah :

  • Rawatan asertif

  • Rawatan akut

  • Pengesanan pesakit cicir rawatan

  • Lawatan ‘proxy’ untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik dan hanya keluarga yang datang untuk mengambil ubat pesakit di klinik.

 

4. KLINIK TERAPI GANTIAN METHADONE

Menyediakan perkhidmatan rawatan methadone kepada pesakit yang memerlukan untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti hidup penagih opiate melalui rawatan terapi gantian methadone.

 

LOKASI UNIT 

  • Klinik Pakar Psikiatri berada di dalam Kompleks Klinik Pakar Hospital Tanah Merah.

  • Bilik Komuniti Psikiatri dan Bilik Kaunseling adalah di hadapan Kompleks Klinik Pakar bersebelahan dengan bilik Pegawai Sosial Perubatan Hospital Tanah Merah.

  • Bilik Day Care untuk program rehabilitasi Unit Psikiatri terletak di Aras 1, bangunan kuarters Pegawai Perubatan Siswazah.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

HARI MASA AKTIVITI
 

AHAD

 

8.00 AM   – 1.00 PM

 

 

KLINIK KES BARU

 

 

ISNIN

 

8.00 AM   – 1.00 PM

 

 

 

2.00PM    – 5.00PM

 

 

 

2.00PM    – 5.00PM

 

KLINIK RAWATAN SUSULAN (pesakit general)

 

KLINIK RAWATAN SUSULAN (psikiatri kanak kanak)

: setiap Isnin petang minggu ke 1

 

KLINIK RAWATAN SUSULAN (Memori klinik): setiap isnin petang minggu ke 3

 

 

SELASA

 

8.00AM    – 1.00PM

 

 

LAWATAN KOMUNITI  (HOME VISIT)

 

RABU

 

8.00AM – 1.00PM

 

 

KLINIK RAWATAN SUSULAN (pesakit general)

 

KHAMIS

 

8.00AM – 1.00PM

 

 

LAWATAN KOMUNITI  (HOME VISIT)

KLINIK LAWATAN CLINICAL PSYCHOLOGIST: minggu ke 2 & ke 3

 

  • Jumaat dan Sabtu Tutup
  • Kelepasan Am Tutup
  • Klinik Kaunseling : setiap hari berdasarkan temujanji

** No. Untuk dihubungi : 09- 954 5268 (Klinik Pakar Psikiatri)

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN 

1. RAWATAN PEMULIHAN

  1. Day care iaitu aktiviti rawatan pemulihan harian untuk pesakit mental yang stabil setiap hari Isnin dan Rabu.

  2. Lawatan ke rumah oleh Jurupulih Cara Kerja untuk rehabilitasi homecare.

  3. Aktiviti supported employment

2. PERKHIDMATAN KAUNSELING

Khidmat kaunseling akan disediakan oleh Pegawai Psikologi melalui rujukan.

3. PERKHIDMATAN PSIKOTERAPI

Menyediakan rawatan psikoterapi yang disediakan oleh Pegawai Klinikal Psikologi Dari HRPZ II, Kota Bharu

4. AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

  1. Mengadakan CME pada setiap hari Rabu secara berkala untuk meningkatkan mutu pengetahuan Pegawai Perubatan dan paramedik yang lain.

  2. Mengadakan mesyuarat Interagensi sekali setahun

  3. Mengadakan pelbagai aktiviti setiap tahun sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia

  4. Melakukan kursus-kursus tahunan seperti Kursus Agresif, Suicide atau Kursus Basic Course Psychiatry.

  5. Aktiviti Pembahagian Sumbangan Hari Raya setiap tahun kepada pesakit psikiatri yang memerlukan.