UNIT PERUBATAN REHABILITASI, Hospital Tanah Merah ditubuhkan pada November 2011 selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini dianggotai oleh dua bahagian iaitu Bahagian Fisioterapi dan Bahagian Pemulihan Carakerja. Lokasi unit ini terletak dibahagian belakang hospital bersebelahan dengan Unit Sajian dan Setor Farmasi Dan Bekalan.

BAHAGIAN FISIOTERAPI, Unit Perubatan Rehabilitasi telah ditubuhkan di Hospital Tanah Merah sejak 1985. Bahagian Fisioterapi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang penting dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam Hospital Tanah Merah. Bahagian ini ditadbir oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U32 dengan dibantu oleh 2 orang jurupulih perubatan fisioterapi U32 (TBK) dan dua orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29.

BAHAGIAN PEMULIHAN CARAKERJA, Unit Perubatan Rehabilitasi telah ditubuhkan pada 19 Oktober 2003 bagi menyampaikan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja bagi penduduk Jajahan Tanah Merah dan Jajahan Jeli. Bahagian Pemulihan Carakerja juga salah satu perkhidmatan sokongan klinikal dan memberi perkhidmatan kepada pesakit luar, pesakit dalam dan komuniti di Jajahan Tanah Merah. Bahagian ini ditadbir oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U44 dengan dibantu oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U44(TBK), seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U38, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U32, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U32 (TBK) dan dua orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29,

 

BAHAGIAN FISIOTERAPI

VISI

Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.

 

MISI

Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat. Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan/ antarabangsa.

OBJEKTIF

Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi. Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-based practice (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang. Memberi perkhidmatan yang berkesan berasaskan EBP. Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan. Memberi perkhidmatan yang mesra-pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

 

Keutamaan kami adalah:

  1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
  1. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program rawatan fisioterapi yang akan dilaksanakan.
  1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan fisioterapi dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
  1. Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
  1. Setiap pesakit luar akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 10 hari bekerja.
  1. Pelanggan akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.

Perkhidmatan Teras:

  1. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
  2. Perawatan Fisioterapi Respiratori
  3. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
  4. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
  5. Perawatan Fisioterapi Geriatrik
  6. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
  7. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan

Perkhidmatan Pengkhususan:

  1. Perawatan Fisioterapi Lymphedema
  2. Perawatan Fisioterapi Vestibular
  3. Perawatan Fisioterapi Hand & Microsurgery
  4. Perawatan Fisioterapi Haemofilia
  5. Perawatan Fisioterapi Paliatif
  6. Perawatan Fisioterapi Burn & Reconstructive Surgery

Perkhidmatan Multidisiplinari:

  1. Pemulihan Kardiak
  2. Pemulihan Amputee
  3. Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)
  4. Pemulihan Strok
  5. Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
  6. Chronic Pain Management

BAHAGIAN PEMULIHAN CARAKERJA

VISI

 Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik , bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan. 

MISI 

Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.

 

 OBJEKTIF

  1.  Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
  1. Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan multidisciplinary team – MDT ke arah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
  1. Untuk memastikan Pegawai Pemulihan / Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program pembelajaran berterusan.

2 PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA

PIAGAM PELANGGAN

 Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

Keutamaan kami adalah:

  1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
  1. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program Pemulihan Carakerja yang akan dilaksanakan.
  1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan Pemulihan Carakerja dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
  1. Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
  1. Setiap pesakit luar akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
  1. Pelanggan akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam, pesakit luar dan komuniti.

Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan :-

  1. Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik:
    • Tangan dan anggota atas
    • Kecederaan saraf tunjang
    • Kecederaan saraf periferi
    • Muskuloskeletal
    • Amputasi
  1. Pemulihan Carakerja di bidang Psikitari dan Kesihatan Mental
    • Adult Psychiatry
    • Kanak-kanak dan remaja
    • Psikogeriatrik
    • Pemulihan Psikososial

 

  1. Pemulihan carakerja di bidang Pediatrik
    • Neurologi Pediatrik
    • Neonatal
  1. Pemulihan Carakerja di bidang Perubatan Am
  2. Pemulihan Carakerja di bidang Neurologi
  3. Pemulihan Carakerja di bidang Pembedahan Am
  4. Pemulihan Carakerja di bidang Kardiak

Rawatan :-

  1. ADL Assessment & Training
  2. Motor & Functional Assessment & Training
  3. Cognitive & Perceptual Assessment & Training
  4. Pre School Assessment & Training
  5. Work / Vocational Assessment & Training
  6. Home / Work Place / School Assessment
  7. Behavior Management
  8. Developmental Assessment & Training
  9. Aids & Adaptation
  10. Compression Therapy
  11. Creative Therapy
  12. Social Skill Assessment & Training
  13. Play & Leisure ( Exploration & Training )
  14. Relaxation Therapy
  15. Sensory Assessment & Training
  16. Splint & Orthosis
  17. Patient’s & Carer’s Education

WAKTU OPERASI.

Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis          : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

NOMBOR TELEFON.

09-9545026