PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu unit di bawah bahagian sokongan klinikal , Hospital Tanah Merah, Kelantan. Terletak di Aras 1, Blok C bangunan Pejabat Pengarah Hospital Tanah Merah, Tanah Merah, Kelantan.

Unit Rekod perubatan di ketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (Pen. Peg. Rekod Perubatan) N 32 (KUP) yang bertangunggjawab dalam pengurusan pentadbiran unit rekod perubatan, menyelia kakitangan bawahan dan memastikan semua fungsi unit rekod perubatan berfungsi sepenuhnya.

 

OBJEKTIF UNIT

Menyimpan , menyelenggara  rekod  pesakit   dan perangkaan   secara  berkesan  untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan  hospital kearah pencapaian matlamat bersama.

 

PIAGAM PELANGGAN

    • Setiap pelanggan  akan dilayan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat  dan keturunan dan   jangkamasa berurusan bergantung kepada urusan yang dibuat.

    • Setiap rekod pesakit akan disimpan dangan selamat dan kemaskini dalam tempoh 36 jam  setelah diterima dari wad/lain lain unit berkaitan..

    • Semua permohonan untuk mendapatkan lapuran perubatan akan disiapkan dalam masa  28  hari   bekerja  selepas permohonan lengkap diterima  sekiranya tidak ada sebarang masalah  berbangkit

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

    • Penyediaan Lapuran Perubatan dan lapuran Bedah Siasat.

    • Penyediaan Statistik dan dokumentasi.

    • Pengurusan Pengeluaran dan penerimaan Rekod pesakit.

    • Penyediaan Rekod-rekod medico legal bagi kes siasatan dan saman hospital.

 

LOKASI UNIT

Aras 1, Blok C, Bangunan Pejabat Pengarah Hospital,

Hospital Tanah Merah, Kelantan.

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI  (General Line)

Ahad    –  Rabu         :          8.00  pagi    –  5.00  petang

Khamis                     :           8.00 pagi    –   3.30  petang

(Waktu   Rehat   dari  jam  1.00  tgh.  –  2.00  petang   )

 

  • JUMAAT & SABTU – TUTUP
  • HARI KELEPASAN AM – TUTUP

No. Telefon untuk dihubungi di talian 09-9545181

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN

    • Mengurus persidangan Jemaah Doktor  bagi skim pengeluaran wang KWSP

    • Taklimat dan sesi CME berkaitan pengurusan dan tatacara pengendalian rekod perubatan kepada Pegawai Perubatan Siswazah yang baru melapor diri di hospital.

    • Aktiviti audit dokumentasi mengikut peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh JKNK.

    • Mengurus rekod-rekod yang dipohon bagi aktiviti audit oleh pihak klinikal.