PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi Hospital Tanah Merah mula beroperasi pada 2 April 1997. Pada masa itu telah diuruskan oleh seorang Penolong Perubatan U32 yang mempunyai Post Basik Kawalan Infeksi yang bertugas sepenuh masa dan di bantu oleh Ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital yang terdiri dari Pengarah Hospital sebagai penasihat, seorang Pakar Bedah, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Pegawai Farmasi, Ketua Jururawat dan Pegawai Liason setiap unit yang di kenalpasti.
Bermula pada 1 Februari 2015, unit ini telah diuruskan oleh Pakar Pakar Patologi(Mikrobiologi) bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa Kawalan infeksi hospital.
OBJEKTIF UNIT
-
Memberikan perkhidmatan pendidikan, latihan dan kemahiran kepada kakitangan dalam pengawalan jangkitan nosokomial di Hospital Tanah Merah.
-
Menjalankan kajian, penyeliaan serta pemantauan berterusan bagi memastikan mutu kebersihan yang memuaskan untuk mengelak dari jangkitan nosokomial di hospital.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
Keutamaan kami adalah:
-
Unit ini berfungsi secara klinikal dalam menyelia, memantau dan mengawasi kawalan infeksi.
-
Sebagai pusat rujukan dan pembelajaran utama untuk kakitangan hospital, pelatih swasta, Radicare dan masyarakat amnya.
-
Berusaha meningkatan kualiti kebersihan supaya “Health care associated infection” dapat di kurangkan ke tahap paling minimum.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI
Perkhidmatan yang di tawarkan merangkumi semua unit, fasiliti dan kawasan Hospital Tanah Merah termasuk Perkhidmatan Penswastaan (Radicare Malaysia SDN. BHD. Cawangan Tanah Merah) di Hospital Tanah Merah.
LOKASI UNIT
Lokasi unit terletak di tingkat satu, bangunan Komplek Klinik Pakar Hospital Tanah Merah.
WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI (General Line)
Waktu operasi:
Masa bertugas adalah mengikut waktu pejabat iaitu hari Ahad hingga Rabu, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.
Unit ini ditutup pada hari minggu dan hari cuti Kelepasan Am.
No. untuk di hubungi: 09-9545196
AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN
-
Bertanggungjawab membentuk polisi dan prosedur berkaitan dengan kawalan jangkitan dan penggunaan antibiotik di hospital.
-
Jawatankuasa akan bertindak sebagai sumber kepakaran dalam hal berkaitan jangkitan dan penggunaan antibiotik.
-
Mengenalpasti kemungkinan berlakunya jangkitan dan mencadangkan langkah pencegahan yang sesuai kepada kakitangan berkenaan.
-
Bekerjasama dengan Ahli Mikrobiologi hospital.
-
Mengawasi dan menasihati dalam teknik pengasingan secara amnya dan khasnya dalam bidang klinikal.
-
Memantau kepatuhan kepada polisi kawalan jangkitan termasuk aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan audit di mana aspek keselamatan pekerjaan tidak di abaikan.
-
Bertanggungjawab dalam memberi latihan/pengajaran secara formal/tidak formal untuk semua katagori kakitangan termasuk kakitangan Pergigian dan Radicare.
-
Melengkapkan diri dengan kemahiran melalui kursus-kursus, seminar CME/CNE, pameran dan bahan-bahan bacaan yang berkaitan.
-
Menjalankan aktiviti audit bila perlu.