PENGENALAN 

 

Unit Pendidikan Kesihatan menyediakan perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif dalam kalangan pesakit, keluarga,orang awam dan kakitangan hospital. Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan (S41) dan dibantu oleh seorang Jururawat Terlatih U29.

 

OBJEKTIF UNIT 

 

Objektif Am

Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.

 

Objektif Khusus

  1. Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
  2. Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan.
  3. Beroperasi sebagai one- stop center bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.
  4. Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami Berjanji Untuk:

  1. Memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.
  2. Memastikan semua pesakit yang memerlukan pendidikan pesakit diberi pendidikan pesakit mengikut jadual atau mengikut keperluan-keperluan tertentu.
  3. Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pendidikan pesakit.
  4. Memastikan setiap permohonan bahan pendidikan diberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi 5 hari bekerja.
  5. Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DAN WAKTU OPERASI

      1. PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK (PKBM) HOSPITAL TANAH MERAH

 

  • Kaunseling Modifikasi Tingkah Laku
  • Farmakoterapi (Ubatan)
  • Rujukan Pesakit Dalam/ Luar dan klien Walk-In (Sukarela).

 

       2.KELAS PENDIDIKAN DIABETIS

  • Diadakan setiap Hari Khamis (2 kali sebulan)
  • Memfokuskan pemahaman dan kepatuhan rawatan pesakit terhadap penyakit Diabetis.
  • Modul khas Pendidikan Diabetis yang terlibat seperti:-
  1. Diabetis dan Komplikasi
  2. Rawatan Pengubatan
  3. Pemakanan Pesakit Diabetis
  4. Penjagaan Kaki/ Senaman Pesakit Diabetis

LOKASI UNIT

1.Unit Pendidikan KesihatanTingkat 1, Pejabat Pengarah Hospital Tanah Merah
2.Klinik Berhenti MerokokBilik 6, Kompleks Klinik Pakar, Hospital Tanah Merah
3.Kelas DiabetikBilik 10, Kompleks Klinik Pakar, Hospital Tanah Merah

 

WAKTU OPERASI DAN NO. UNTUK DIHUBUNGI :

 

HariMasaAktiviti
Ahad – Khamis8.00 pagi – 1.00 tgh

2.00 ptg – 5.00 ptg

Pengurusan
Isnin & Selasa9.00 pagi – 1.00 tgh

2.00 ptg –  4.00 ptg

Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
Khamis (2 kali sebulan)8.30 pagi – 9.30 pagiKelas Pendidikan Diabetis

*Jumaat & Sabtu-Tutup

*Kelepasan Am-Tutup

 

No.untuk dihubungi: 09 – 954 5011/5012

 

AKTIVITI- AKTIVITI LAIN YANG RELEVAN :

1. Penganjuran Hari Sambutan Kesihatan & Hari-Hari Khas Kesihatan

  • Unit Pendidikan akan bekerjasama dengan unit-unit lain dalam menganjurkan hari-hari khas kesihatan seperti Hari Kesihatan Sedunia; Hari Karnival Pendidikan Kesihatan dan hari-hari sambutan kesihatan yang lain.

2. Membekal dan Mengedar Bahan Pendidikan Kesihatan

  • Unit ini berperanan untuk membekal dan juga mengedar bahan pendidikan kesihatan seperti risalah; poster; banting; banner dan lain-lain bahan merangkumi pelbagai tajuk kesihatan yang berkaitan.

3. Let’s Sweat: Jom Peluh; Baru Sihat

  • Aktiviti fizikal ini diadakan sekali sebulan dengan mensasarkan kakitangan hospital supaya sentiasa aktif seperti melakukan senamrobik, hiking dan lain-lain aktiviti fizikal yang bersesuaian.